Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

251) SCAMMER

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri lakukan untuk membanteras jenayah scammer yang berleluasa di Malaysia?

    Kerajaan Negeri memandang serius peningkatan kes-kes jenayah siber melibatkan penipuan atas talian (on-line scam) yang dilakukan oleh penjenayah Scammer di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri melalui PDRM Kontinjen Selangor khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor telah mengambil pendekatan berikut dalam menangani kes-kes scammer di Selangor iaitu ;-

    • Risikan dan operasi.
    • Siasatan, perundangan dan pertuduhan di mahkamah
    • Kempen-kempen pencegahan jenayah scammer on-line

    1) Risikan dan operasi

    Risikan dibuat ke atas kegiatan ahli-ahli sindiket scammer yang aktif di Negeri Selangor dan juga premis-permis yang dijadikan pusat panggilan (calling centre). Hasil dari risikan yang berjaya dikumpul operasi serbuan, tangkapan dan rampasan dijalankan. Sepanjang tempoh Januari hingga Disember tahun 2022 sebanyak (3117) operasi ke atas scammer telah dilaksanakan. Sepanjang tahun 2022 juga sebanyak (3787) tangkapan ke atas ahli sindiket scammer telah dibuat. Tindakan risikan, operasi, tangkapan dan rampasan yang dibuat dapat menyekat aktiviti jenayah scam oleh ahli sindiket.

    2) Siasatan, perundangan dan pertuduhan di mahkamah

    JSJK PDRM Selangor telah menjalankan siasatan ke atas laporan-laporan polis yang dibuat oleh mangsa scammer. Selain dari itu siasatan juga dijalankan hasil dari operasi dan tangkapan pihak polis. Sepanjang tahun 2022, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor telah membuka (2450) kertas siasatan yang melibatkan kerugian sebanyak RM134,093,815.38. Dari jumlah tersebut sebanyak (1401) kes telah dituduh di mahkamah. Pertuduhan ahli-ahli sindiket scammer di mahkamah akan menyekat kegiatan penipuan mereka dan mencegah ahli-ahli scammer yang lain untuk meneruskan jenayah scam mereka.

    3) Kempen pencegahan jenayah scammer online

    Kempen-kempen pencegahan dari semua sudut dipertingkatkan. Pada tahun 2022 Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor telah mengadakan pelbagai ceramah, pameran dan siaran media sosial melalui radio, media cetak dan media sosial bagi tujuan memberikan kesedaran kepada orang ramai berhubung Jenayah Siber dan Scammer. Penumpuan kempen dijalankan di lokasi seperti sekolah, IPTA / IPTS, masjid, rumah ibadah, kawasan perumahan, perniagaan dan tempat awam.

    Jadual di bawah menunjukkan statistik kempen-kempen bagi tahun 2022 tersebut :

    Pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman telah menyediakan aplikasi semak mule sebagai usaha untuk membantu masyarakat membuat semakan ke atas nombor akaun bank dan nombor telefon sebelum menjalankan apa-apa transaksi perhubungan dan kewangan. Aplikasi semak mule in membolehkan orang ramai menyemak samada no akaun atau nombor talipon tersebut pernah digunakan oleh scammer. Orang ramai boleh membuat semakan dengan melayari Portal JSJK,  https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/atau memuat turun aplikasi “Semak Mule CCID” melalui Google Play Store.

    Selain itu, kerajaan juga telah menubuhkan Pusat Respons Scam Kebangsaan atau National Scam Response Centre (NSRC) di peringkat nasional. Pusat ini merangkumkan penugasan dari Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan National (NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), institusi perbankan dan syarikat telekomunikasi bagi menerima laporan daripada mangsa – manga penipuan siber menerusi talian 997. Pusat ini beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari. Hasil penubuhan NSRC ini telah berjaya menyekat sejumlah wang mangsa scammer dari akaun ahli sindiket.

    Pihak kerajaan negeri bersama PDRM kontinjen Selangor dan juga lain-lain agensi yang berkaitan akan terus berkerjasama meningkatkan tindakan memerangi scammer.

     

  2. Apakah tindakan Kementerian Komunikasi dan Digital dalam menangani permasalah ini (scammer)?

    Sub-soalan telah di tolak

Lampiran

Tiada Lampiran.