Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

264) SCAMMER

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor tentang masalah scammer di Negeri Selangor ?

    Pihak polis kontinjen Selangor melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil telah menjalankan tindakan dalam menangani masalah scammer di negeri Selangor melalui (3) pendekatan :-

     

    1. Menjalankan Risikan, operasi, serbuan dan tangkapan ke atas sindiket-sindiket terlibat dengan kes penipuan.

     

    Setakat ini, bagi tempoh Januari hingga Jun 2022 sebanyak 1766 serbuan telah dilaksanakan dengan jumlah tangkapan sebanyak 1985. Pihak polis kontinjen Selangor sedang mempergiatkan usaha menjalankan risikan, operasi serbuan dan tangkapan ke atas ahli-ahli sindiket scammer ini.

     

    1. Telah menjalankan siasatan ke atas laporan-laporan polis yang dibuat oleh mangsa scammer dan mendakwa ahli-ahli sindiket dan mereka yang terlibat aktiviti scammer.

     

    Setakat ini, bagi tempoh Januari hingga Jun 2022 sebanyak 1130 kes scammer telah didakwa di makhamah daripada 1808 kertas siasatan yang dibuka iaitu sebanyak 62.50% pertuduhan.

     

    1. Menjalankan kempen pencegahan untuk membanteras kes penipuan melibatkan scammer seperti pameran dan ceramah di sekolah-sekolah, universiti, di kawasan terbuka dan masjid/tempat ibadat. Selain itu, kempen juga dijalankan melalui siaran media, wawancara Televisyen/Radio serta media cetak dan media sosial.

     

    Bagi tempoh Januari hingga Jun 2022 sebanyak 17 aktiviti pameran telah dijalankan dengan kehadiran 5,570 orang. Bagi program ceramah dan syarahan sebanyak 76 telah dilaksanakan dengan kehadiran seramai 23,231 orang. Manakala bagi siaran media sebanyak 152 telah dilaksanakan dengan anggaran pendengar/penonton seramai 13,023,014 orang.

     

    Kempen terbaru telah dilancarkan dan masih berjalan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan dan pihak swata iaitu Kempen Anti Scam PDRM 2022 peringkat kontinjen Selangor. Ianya dilancarkan pada 29hb Jun 2022 bertempat di hadapan Hotel Concorde Shah Alam yang melibatkan paparan video sebanyak 392 papan iklan (billboard) di seluruh daerah Selangor sehingga 31hb Ogos 2022.

Lampiran

Tiada Lampiran.