Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
161) SAVE MELAWATI HILL, HULU KELANG
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Ke tahap manakah kebenaran merancang bagi pembangunan Melawati Hill telah diluluskan?
Kebenaran Merancang telah diluluskan pada 17/6/2014. Walau bagaimanapun, pelan kerja tanah dan pelan pembangunan masih belum dikemukakan.
-
Apakah faktor-faktor yang menjadi sebab kerajaan mampu bertahan (2008Ð 2014) untuk tidak meluluskan sebarang kebenaran merancang?
Permohonan dibincangkan di Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (JTPKSAS) kerana terlibat dengan cerun kelas Faktor tempoh masa yang lama adalah disebabkan penelitian terhadap pematuhan keperluan tanah tinggi dan juga faktor bantahan penduduk sekitar.
-
Sejauh manakah kerajaan akan bersama rakyat dalam kempen Save Melawati Hill?
Kelulusan Kebenaran Merancang diberikan setelah pihak pemaju/pemohon memasuki semua keperluan garis Bantahan penduduk sekitar telah diambil kira dengan meminta pemaju meminda pelan daripada 595 unit kondominium kepada 141 unit rumah sesebuah dan strata link.