Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

157) SAUDARA BARU

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kes pemelukan Islam yang telah direkodkan dalam tempoh 5 tahun dan berapa jumlah permohonan keluar Islam serta berapa kes yang berjaya?

    Jumlah pendaftaran pengislaman dari tahun 2019 sehingga September 2023 adalah seramai 7,802 orang.

     

    Manakala jumlah permohonan pengisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam di Mahkamah Syariah setakat rekod yang ada pada MAIS sepanjang tahun 2019 hingga September 2023 ialah sebanyak 122 kes.

     

    Sebanyak 26 kes telah diputuskan oleh mahkamah dan tiada kes permohonan pengisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam di Mahkamah Syariah yang diluluskan daripada 26 kes tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.