Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
32) SATU KAMPUNG SATU PADANG
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan membuat satu padang di setiap kampung untuk kegunaan penduduk kampung untuk riadah dan rekreasi serta bersukan seperti padang bola, gelanggang futsal dan sebagainya?
Buat masa ini Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk menyediakan satu padang untuk setiap kampung di dalam Negeri Selangor berikutan kurang ketersediaan tanah kerajaan yang sesuai untuk dijadikan padang. Walau bagaimanapun, sekiranya di dalam sesebuah kampung terdapat tanah kerajaan yang sesuai dijadikan padang untuk aktiviti riadah dan rekreasi, cadangan permohonan boleh dikemukakan kepada Pejabat Daerah dan Tanah bagi tujuan pewartaan tanah kerajaan bagi tujuan padang.