Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
50) SASARAN SIFAR GANGGUAN BEKALAN AIR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan dan jelaskan perancangan untuk ke arah sifar gangguan bekalan air di dalam Negeri Selangor
Untuk mencapai sasaran sifar gangguan bekalan air adalah suatu perkara yang amat sukar kerana kejadian gangguan bekalan air boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, seperti paip pecah, paip bocor, pencemaran sumber air mentah dan terawat, kekurangan bekalan air disebabkan cuaca panas, kekurangan bekalan air disebabkan permintaan yang sangat tinggi semasa musim perayaan, kerosakan peralatan di loji bekalan air, kerosakan rumah pam, vandalisme dan sebagainya.
Antara usaha yang sedang dilakukan oleh pihak Air Selangor untuk mengurangkan gangguan bekalan air kepada pengguna-pengguna adalah seperti berikut:-
- Memperbanyakkan penyambungan saling paip (cross-connection) untuk membolehkan bekalan air bersih dibekalkan dari pelbagai sumber.
- Melaksanakan program pengurangan kadar NRW secara agresif.
- Melaksanakan program kawalan tekanan air untuk mengurangkan kejadian paip pecah dan paip bocor khasnya pada waktu malam.
- Mempercepatkan masa pembaikan paip-paip yang pecah.
- Menyediakan sistem khidmat pelanggan yang berkesan untuk memudahkan pelanggan-pelanggan membuat aduan gangguan bekalan air.
- Menambahkan kapasiti pengeluaran loji-loji air di seluruh Selangor.
- Membina loji air baharu seperti Loji-loji Air Langat 2, Semenyih 2 dan Labuhan Dagang yang akan menambah kapasiti pengeluaran air bersih ke dalam sistem bekalan air sedia ada.
Usaha-usaha di atas akan terus dijalankan demi menyediakan perkhidmatan bekalan air yang mampan dan efisien kepada pengguna.
-
Nyatakan cabaran-cabaran yang dihadapi selain daripada penukaran paip yang uzur.
Cabaran-cabaran utama yang dihadapi oleh Air Selangor pada waktu ini adalah seperti berikut :-
- Kekurangan loji rawatan air untuk memenuhi permintaan yang terus meningkat setiap tahun.
- Kelewatan penyiapan Loji Air Langat 2 telah menyebabkan banyak projek pembangunan terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.
- Kadar pembangunan di Selangor yang begitu pantas tidak selari dengan pembangunan sistem bekalan air yang mampu memenuhi permintaan pada waktu ini.
- Kadar pencemaran air terus meningkat yang seterusnya menggugat bekalan air mentah ke loji-loji bekalan air seluruh negeri.
- Kemampuan kewangan yang terhad.
- Tarif air yang rendah terus menekan Air Selangor daripada membuat pelaburan yang mencukupi untuk meningkatkan kecekapan sistem bekalan air di Selangor.
-
Jelaskan perkembangan terkini projek penukaran paip-paip air yang telah ditetapkan sebelum ini.
Untuk tahun 2016, Air Selangor akan melaksanakan projek penggantian paip air bagi 12 kawasan kritikal yang sering mengalami gangguan bekalan air akibat paip pecah atau bocor. Kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti oleh Air Selangor untuk dilaksanakan program penggantian paip lama pada tahun 2016 adalah seperti berikut:-