Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

268) SASARAN SELANGOR DALAM KEMPEN VISIT MALAYSIA 2026

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Dengan sasaran 8 juta pelancong ke Selangor yang ditetapkan sempena kempen Visit Malaysia 2026, apakah kelainan yang dirancang dalam inisiatif Kerajaan Negeri ke arah mencapai aspirasi ini?

    Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah menetapkan sasaran untuk menarik kedatangan 8 juta pelancong domestik mahu pun antarabangsa sempena Tahun Melawat Selangor 2025. Oleh yang demikian, sebagai persediaan untuk menyokong kempen Visit Malaysia 2026 pelbaga inisiatif telah dirancang. Antaranya adalah seperti berikut:

     

    • Pelbagai acara dan program pelancongan yang berimpak tinggi yang dirancang seperti Selangor International Indigenous Arts Festival (SIIAF) 2026 dan NatGeoCon2026: National Geopark Conference akan dianjurkan di Negeri Selangor sepanjang tahun 2026. Ini bertujuan untuk menarik minat pelancong domestik dan antarabangsa serta mempromosikan keunikan budaya dan warisan Negeri Selangor;

     

    • Negeri Selangor kaya dengan budaya dan warisan. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri merancang untuk mempromosikannya dengan lebih proaktif dengan menganjurkan festival kebudayaan, pameran seni dan lawatan ke tapak warisan bersejarah seperti Kota Raja Mahadi dan Muzium Sultan Alam Shah;

     

    • Kerajaan Negeri Selangor akan memanfaatkan Teknologi terkini untuk mempromosikan destinasi pelancongan seperti menggunakan media sosial Tiktok, facebook, Instagram, aplikasi pelancongan dan platform digital lain bagi memudahkan pelancong untuk mengakses maklumat dengan pantas dan tepat;

     

    • Sebagai tuan rumah mesyuarat ASEAN yang melibatkan delegasi luar negara, secara langsung mahupun tidak langsung Negeri Selangor dapat mempromosikan destinasi-destinasi pelancongan dengan lebih luas kepada delegasi tempatan dan antarabangsa; dan

     

    • Inisiatif ‘Surprising Selangor’ adalah kempen pelancongan yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memperkenalkan negeri ini sebagai destinasi yang penuh dengan kejutan pengalaman unik.
  2. Adakah inisiatif ini akan dipanjangkan ke kawasan Pantai Jeram dan Pantai Remis yang telah sekian lama menjadi tarikan pelancong?

    Yang Berhormat. inisiatif ini akan dipanjangkan ke kawasan Pantai Jeram dan Pantai Remis. Ini adalah kerana kedua-dua kawasan ini telah lama menjadi tarikan pelancong dan berpotensi besar untuk menarik lebih ramai pelancong, baik domestik mahupun antarabangsa dengan keindahan semula jadi dan suasana yang tenang.

Lampiran

Tiada Lampiran.