Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
215) SASARAN PELANCONGAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berdasarkan data kehadiran pelancongan ke Selangor sekitar 5 Ð 6 juta orang setahun berbanding sasaran 10 juta menjelang 2018. Apakah strategi kerajaan untuk memastikan sasaran ini tercapai?
Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor Sdn. Bhd. (TSSB) akan terus memainkan peranan penting dalam mempromosikan Negeri Selangor sebagai salah satu destinasi pelancongan yang unik di Malaysia. Antara strategi yang diambil bagi memastikan sasaran kehadiran pelancong tercapai adalah seperti berikut :
i. Melancarkan Program Tahun Melawat Selangor 2015
Kerajaan Negeri telah memilih tahun 2015 sebagai Tahun Melawat Selangor. Pelbagai acara telah dirancang dan akan dijalankan sepanjang tahun bagi menarik kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara ke Negeri Selangor.
ii. Memperbanyakkan Aktiviti Promosi Pelancongan
Kerajaan Negeri Selangor melalui TSSB menjalankan aktiviti promosi sama ada di dalam mahupun luar negara untuk memperkenalkan semua produk pelancongan di Negeri Selangor. Berikut adalah beberapa siri promosi luar negara yang telah disertai pada tahun 2013 dan yang bakal disertai pada tahun 2014:-
BIL. TAHUN AKTIVITI 1. 2013 Ø Asean Tourism Forum, Laos Ø Asean Travel Mart Dubai
Ø North China Tourism Fair (NCTF) 2013, Beijing
Ø Indonesia Travel Expo
Ø India (South Asia Travel & Tourism Exhibition – SATTE 2013)
Ø Malaysia Truly Asia Travel Fair, Singapore
2. 2014 Ø Asean Tourism Forum, Sarawak Ø Sales Mission to India
Ø Arabian Travel Mart Dubai
Ø Selangor Meets Indonesia
Ø ITB Asia Singapura
Ø Sales Mission to China
iii. Penganjuran Pelbagai Acara Pelancongan
Pelbagai acara pelancongan telah dirancang dan bakal dilaksanakan pada tahun 2014 bagi menarik lebih ramai pelancong. Antara acara tersebut adalah seperti berikut:-
- Malaysia Women Marathon 2014 (MWM)
- Fiesta Sate Selangor
- Festival Bon Odori 2014
- Raja Muda Regatta 2014
- Let’s Travel 9th Treasure Hunt On Wheels 2014
- TS Day Out
- TS Breakaway
iv. Melancarkan Pakej Pelancongan Terkini
Kerajaan Negeri melalui TSSB juga telah melancarkan pelbagai pakej pelancongan yang menarik khusus untuk Tahun Melawat Malaysia 2014 dan Tahun Melawat Selangor 2015 merangkumi industri pelancongan kesihatan, membeli-belah, agro-pelancongan, eko-pelancongan, taman tema dan sebagainya.
v. Pengagihan Rak Risalah Pelancongan
Pengagihan rak risalah pelancongan kepada hotel-hotel dan agensi pelancongan turut dilaksanakan sebagai salah satu medium untuk mempromosikan pelancongan di Negeri Selangor.
-
Apakah negara yang menjadi sasaran untuk menarik pelancong?
Kerajaan Negeri menyasarkan lima (5) buah negara untuk menarik lebih ramai pelancong ke Negeri Selangor iaitu Singapura, China, Thailand, Indonesia dan India. Sasaran ini adalah berdasarkan statistik jumlah pelancong ke Negeri Selangor dari tahun 2011 hingga 2013 seperti berikut:-
BIL. NEGARA TAHUN 2011 2012 2013 1. Singapura 733,333 740,666 806,321 2. China 664,054 730,459 740,933 3. Thailand 217,606 219,782 222,221 4. Indonesia 221,748 223,965 307,641 5. India 124,115 136,526 175,495 -
Apakah persediaan produk pelancongan negeri untuk menerima kehadiran pelancong ini?
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 15.9 juta bagi tahun 2008 hingga 2014 bagi memastikan produk-produk pelancongan di Negeri Selangor berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk menerima kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara. Peruntukan ini disalurkan kepada Pejabat Daerah/Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi kerajaan yang lain sebagai pelaksana bagi membaik pulih, menaiktaraf dan memajukan kawasan pelancongan di Negeri