Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

148) SASARAN DIVIDEN ANAK SYARIKAT

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Butirkan jumlah dividen yang diberi oleh semua anak syarikat kepada Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2014, 2015 dan 2016?

    Anak Syarikat Kerajaan Negeri didefinisikan sebagai syarikat yang dikawal oleh Kerajaan Negeri melalui pegangan saham sebanyak 50% atau lebih, di mana Kerajaan Negeri mempunyai kuasa majoriti untuk mengundi. Kerajaan Negeri mempunyai 13 Anak Syarikat di bawah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan). Berikut merupakan senarai Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor :-

    Bil Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor 
    1 Permodalan Negeri Selangor Berhad
    2 Bukit Beruntung Golf & Country Resort
    3 Tourism Selangor Sdn Bhd
    4 Communication Corporation Sdn Bhd
    5 Rantaian Mesra Sdn Bhd
    6 Pendidikan Industri YS Sdn Bhd
    7 Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd
    8 Kumpulan Darul Ehsan Berhad
    9 Kumpulan Semesta Sdn Bhd
    10 Invest Selangor Berhad
    11 Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)
    Bil Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor 
    12 Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor
    13 Yayasan Selangor

     

    Butiran jumlah dividen yang diberi oleh semua Anak Syarikat kepada Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2014, 2015 dan 2016 serta sasaran dividen yang diarahkan kepada setiap Anak Syarikat untuk tahun 2017 adalah seperti jadual di Lampiran A.

    LAMPIRAN A

    Butiran jumlah dividen yang diberi oleh semua Anak Syarikat kepada Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2014, 2015 dan 2016

    Bil. Anak Syarikat Perincian Dividen Jumlah Dividen

    2014

    (RM)

    Jumlah Dividen

    2015

    (RM)

    Jumlah Dividen

    2016

    (RM)

    Sasaran Dividen

    2017

    (RM)

    1. Permodalan

    Negeri Selangor

    Berhad

    N/A N/A N/A N/A N/A
    2. Bukit Beruntung

    Golf & Country

    Resort

    N/A N/A N/A N/A N/A
    3. Tourism Selangor

    Sdn Bhd

    N/A N/A N/A N/A N/A
    4. Communication

    Corporation Sdn

    Bhd

    N/A N/A N/A N/A N/A
    5. Rantaian Mesra

    Sdn Bhd

    N/A N/A N/A N/A N/A
    6. Pendidikan

    Industri YS SB

    N/A N/A N/A N/A N/A
    7. Darul Ehsan Pembayaran kepada 48,864.00 66,079.00 81,358.09 15,000.00
    Bil. Anak Syarikat Perincian Dividen Jumlah Dividen

    2014

    (RM)

    Jumlah Dividen

    2015

    (RM)

    Jumlah Dividen

    2016

    (RM)

    Sasaran Dividen

    2017

    (RM)

      Facilities

    Management Sdn

    Bhd

    Menteri Besar

    Selangor

    (Pemerbadanan)

           
    8. Kumpulan Darul

    Ehsan Berhad

    N/A N/A N/A N/A N/A
    9. Kumpulan

    Semesta Sdn

    Bhd

    Pembayaran kepada

    Menteri Besar

    Selangor

    (Pemerbadanan)

    10,700,000.00 7,200,000.00 N/A N/A
    10. Invest Selangor N/A N/A N/A N/A N/A
    11. Yayasan

    Selangor

    N/A N/A N/A N/A N/A
    12. Yayasan Warisan

    Anak Selangor

    (YAWAS)

    N/A N/A N/A N/A N/A
    13. Yayasan Dar al

    Qard al Hasan

    Selangor

    N/A N/A N/A N/A N/A

     

  2. Apakah sasaran dividen yang diarahkan kepada setiap anak syarikat untuk tahun 2017?

    Sasaran dividen yang diarahkan kepada setiap Anak Syarikat untuk tahun 2017

    Kerajaan Negeri tidak menyasarkan sebarang pembayaran dividen oleh Anak Syarikat kerana pembayaran dividen adalah bergantung kepada prestasi dan keuntungan yang diperolehi oleh Anak Syarikat masing-masing.

    Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat sembilan (7) daripada 13 syarikat yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri yang tidak bermotifkan keuntungan seperti senarai berikut :-

    Bil. Anak Syarikat
    1. Tourism Selangor Sdn Bhd
    2. Communication Corporation Sdn Bhd
    3. Rantaian Mesra Sdn Bhd
    4. Pendidikan Industri YS SB
    5. Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd
    6. Invest Selangor
    7. Yayasan Selangor
    8. Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)
    9. Yayasan Dar al Qard al Hasan Selangor

    Secara kesimpulannya, penubuhan Anak Syarikat oleh Kerajaan Negeri tidak semestinya dapat memberikan pulangan dalam bentuk keuntungan kepada Kerajaan Negeri. Justeru,  jangkaan pembayaran dividen hanyalah terhad kepada Anak-Anak Syarikat yang bermotifkan keuntungan sahaja.

Lampiran

Tiada Lampiran.