Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

109) SAP HOLDINGS BERHAD

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah objektif penubuhan SAP Holding Berhad?

     FAKTA: SAP HOLDINGS BERHAD

    • SAP Holdings Berhad (“SHB”) telah ditubuhkan pada tahun 1973 dengan modal berbayar sebanyak RM85 juta dalam bidang pembangunan dan pengurusan hartanah.
    • Sejurus selepas penggabungan sektor hartanah dengan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad pada tahun 2003, SHB mula menunjukkan prestasi yang merosot bermula dari tahun 2004. Punca kemerosotan prestasi yang telah dikenal pasti adalah hasil usaha sama yang merugikan SHB, umpamanya usaha sama antara SHB dengan
    • Pelbagai inisiatif telah diambil untuk memulihkan SHB, seperti pelaksanaan penambahbaikan tata urus tadbir syarikat, mengambil sikap hati-hati dalam setiap tindakan serta penilaian semula perjanjian usaha sama yang merugikan SHB.

    Objektif utama penubuhan SAP Holdings Berhad adalah untuk menjadi syarikat pegangan pelaburan dan pembangunan hartanah.

     

  2. Nyatakan pendapatan dan keuntungan SAP Holding Berhad?

    Analisa pendapatan dan keuntungan SAP Holdings Berhad dari tahun 2003 sehingga 2013 adalah seperti berikut :-

      2003

    RM’Juta

    2004

    RM’Juta

    2005

    RM’Juta

    2006

    RM’Juta

    2007

    RM’Juta

    2008

    RM’Juta

    Pendapatan 54.231 7.750 29.809 32.139 14.675 2.556
    Keuntungan / (Kerugian)  

    8.662

     

    (50.383)

     

    (20.447)

     

    (41.146)

     

    (180.840)

     

    (51.291)

     

      2009

    RM’Juta

    2010

    RM’Juta

    2011

    RM’Juta

    2012

    RM’Juta

    2013

    RM’Juta (“unaudited”)

    Pendapatan 54.897 50.919 51.460 29.472 5.026
    Keuntungan / (Kerugian)  

    115.067

     

    (3.243)

     

    (3.002)

     

    (2.470)

     

    6.282

  3. Apakah nama, nilai serta lokasi projek kendalian SAP Holding Berhad?

    Senarai projek semasa di bawah kendalian SAP Holdings Berhad adalah seperti berikut:-

    • Berikut adalah projek yang masih dijalankan:-
    No. Nama Projek Nilai            Projek (Anggaran) Lokasi
    1 23 Unit Kedai Pejabat Satu Tingkat (“St Square Fasa 2”) RM 7.12 Juta Bandar           Baru

    Salak                    Tinggi, Sepang

     

    • Berikut adalah senarai projek yang telah siap di bawah kendalian SAP Holdings Berhad bermula dari tahun 2003 sehingga sekarang adalah seperti berikut :-

     

    No Nama Projek Nilai Projek Tahun        Projek Siap
    1 Cadangan pembangunan 300 unit Rumah Kos Rendah bagi peralihan setinggan yang terlibat dalam projek landasan berkembar elektrik di antara Rawang-Ipoh untuk Negeri Selangor di Taman Tasik Teratai, Serendah Unit yang telah siap diserahkan kepada “Kementerian Kewangan”

    RM 12.60 Juta

    2003
    2 448 unit Projek Perumahan dikenali sebagai Taman Melawati Jaya, Kuala Selangor RM 35.6 Juta 2004
    3 42 unit Kedai Pejabat Satu Tingkat dikenali sebagai ST Square Fasa 1, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang RM 12.0 juta 2013
    4 301 unit Projek Perumahan dikenali sebagai Warisan Bestari, Sepang Hak                  Usaha Sama: RM 10.0

    Juta

    2013

     

Lampiran

Tiada Lampiran.