Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

35) SANTUARI IKAN SUNGAI CHILING

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah keputusan MMKN setelah menerima surat rayuan Jabatan Perikanan Negeri Selangor terhadap projek Talian Penghantaran 500kV TNB PMU Tapah-Bentong South yang merentasi kawasan Santuari Ikan Sg Chiling untuk pembinaan menara AP69-AP70 pada 24 September?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui MMKN Ke 31/2018 pada 3 Oktober 2018 telah membuat keputusan bersetuju dengan beberapa perkara berikut:

    1. Konsep ‘potong dan tinggal’ bagi pokok-pokok yang ditebang di dalam kawasan HSK Bukit Kutu dan pampasan akan dibayar oleh pihak TNB,
    2. Tiada dibenarkan sebarang pengeluaran kayu balak bagi mengurangkan risiko pencemaran yang kualiti air, alam sekitar dan konservasi ikan kelah,
    3. Tiada kerja-kerja penebangan kayu balak pada musim hujan dan jarak pemasangan menara talian TNB adalah melebihi 100 meter daripada kawasan santuari ikan, dan
    4. Pihak TNB dikehendaki membuat pemasangan logistik menara penghantaran elektrik menggunakan helikopter.
    5. Pihak TNB diminta untuk menyumbang kepada konservasi ikan kelah di kawasan tersebut melalui Program Tannngungjawab Sosial (CSR) TNB, dan
    6. Lain-lain keputusan yang telah disahkan oleh MMKN Ke 25/2018 pada 15 Ogos 2018 adalah dikekalkan.

     

    JABATAN PERIKANAN NEGERI SELANGOR

    Untuk makluman Y.A.B Dato’ Menteri Besar, Pusat Santuari Kelah Sungai Chiling, Kuala Kubu Baru telah di buka pada tahun 2006 sebagai pusat konservasi ikan kelah. Pada tahun 2009 santuari tersebut telah dibuka untuk reakreasi orang awam. Pelbagai kemudahan infrustruktur telah disediakan seperti kemudahan tandas, surau dan tapak perkhemahan.  Namun begitu, Jabatan Perikanan Negeri Selangor tidak pernah mempromosikan kawasan Santuari Ikan Sungai Chiling sehingga ke luar negara.  Walaubagaimanapun pihak jabatan sentiasa mewar-warkan hebahan aktiviti dan program kepada orang awam melalui media sosial seperti Laman Web Jabatan Perikanan Negeri Selangor dan juga aplikasi media interaktif “Facebook” sebagai platform terbaik untuk mempromosikan Pusat Santuari Ikan Sungai Chiling.

  2. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mempromosikan kawasan Santuari Ikan Sg Chiling ke mata dunia?

    SEKSYEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN, UPEN

    Sungai Chiling merupakan salah satu dan mungkin satu-satunya air terjun sungai yang terletak di dalam hutan dara yang masih belum diteroka atau disentuh oleh pembalakan di dalam Negeri Selangor.

    Keunikan dan keindahan Sungai Chiling yang turut mempunyai satu-satunya santuri kelah di negeri ini wajar diberi perhatian dan keutamaan di dalam pelancongan negeri. Justeru itu, Kerajaan Negeri sudah pun menjalankan aktiviti promosi Sungai Chiling dan kawasan sekitar yang kaya dengan keindahan dan keunikan produk pelancongan eko ini dengan harapan dan tujuan untuk mengangkat Sungai Chiling sebagai destinasi utama pelancong di Negeri Selangor.

    Antara aktiviti promosi yang telah dilaksanakan adalah melalui pengiklanan media cetak dan artikel di media tempatan dan bertaraf antarabangsa. Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor menerbitkan risalah pelancongan seperti direktori pelancongan, peta, dan info grafik untuk memberikan informasi lengkap berkenaan Sungai Chiling di dalam Selangor Breakaway, The Best of Selangor dan Buku Terokai Kehijauan Selangor.

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) juga menyertai beberapa siri promosi luar dan dalam negara bagi mempromosikan Sungai Chiling dan daerah Hulu Selangor secara amnya.

    Unit Perancang Negeri Selangor (UPEN) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) turut mempromosikan Sungai Chiling melalui beberapa penganjuran Program FAM Trip (Familiarization Trip) dan juga perkhemahan yang disertai oleh media tempatan dan luar negara.

    TOURISM SELANGOR SDN BHD

     Kerajaan Negeri amat komited dalam mempromosikan kawasan Santuari Ikan Sg Chilling ke mata dunia. Produk pelancongan yang berkonsepkan konservasi, eko dan alam semulajadi ini menjadi pilihan kepada pencinta alam dan pelancong daripada Eropah, Singapura, Domestik dan sebagainya.

    Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor membantu memasarkan produk pelancongan ini dan berusaha membantu meningkatkan kedatangan pelancong ke kawasan tersebut. Antara peranan Tourism Selangor untuk mempromosikan Santuari Ikan Sg Chilling ini adalah;

    i. Pengiklanan Media Cetak dan Bahan Terbitan

    Tourism Selangor juga mempromosikan pelancongan melalui pengiklanan media cetak seperti akhbar, majalah dan risalah promosi. Poster informasi beserta laporan dan artikel diperbanyakkan di media tempatan dan bertaraf antarabangsa.

    Selain itu, Tourism Selangor juga menerbitkan risalah pelancongan seperti direktori pelancongan, peta, dan info grafik untuk memberikan informasi lengkap berkenaan Pelancongan Agro. Antaranya seperti, Selangor Breakaway, The Best of Selangor dan Buku Terokai Kehijauan Selangor.

    ii. Mempromosikan dan memperkenalkan produk-produk agro-pelancongan di dalam siri promosi di dalam dan luar negara yang disertai bagi tahun 2017. Program promosi dalam negara yang disertai oleh Tourism Selangor seperti berikut;

    • Program MATTA Fair (2 kali setahun)
    • Malaysia Inbound Travel Fair 2017 (MITA)
    • Selangor International Expo 2018 (SIE)
    • Kuala Lumpur Photography Festival 2018

     

    iii. Program promosi luar negara yang disertai oleh Tourism Selangor adalah seperti berikut;

    • Asean Tourism Forum
    • SATTE, New Delhi, India
    • ITB Berlin
    • Taipei Tourism Expo
    • World Travel Market London
    • Japan Association of Travel Agents (JATA), Tokyo
    • FITUR, Madrid

     

    iv. Hebahan melalui Laman web dan Media Sosial Tourism Selangor

    Tourism di dalam laman web rasmi akan sentiasa mempromosi pelancongan sukan negeri dan memastikan semua maklumat yang dipaparkan adalah yang terkini dan tepat. Laman web Tourism Selangor boleh dilayari melalui http://www.tourismselangor.my. Laman Media sosial Tourism Selangor mempunyai jumlah pengikut yang ramai melebihi 100,000 followers. Facebook, Twitter dan Weibo Tourism Selangor menggunakan profil nama @TourismSelangor serta Instagram menggunakan profil @DiscoverSelangor dapat mempromosikan kawasan pelancongan ini dengan lebih efektif dan meluas.

    v. Penganjuran Program FAM Trip (Familiarization Trip)

    Tourism Selangor bekerjasama dengan produk-produk pelancongan yang berteraskan pelancongan eko dan alam semulajadi untuk menganjurkan sesi lawatan tapak atau FAM Trip bersama dengan agensi pelancongan dan agensi media tempatan dan antarabangsa.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.