Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

110) SANITARY LANDFILL TANJUNG DUA BELAS

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah landfill ini akan siap sepenuhnya?

    Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Tanjung Dua Belas, Kuala Langat ini
    dijangkakan siap menjelang pertengahan Disember 2009 dan boleh menerima sisa
    pepejal dari Kuala Langat, Sepang dan Kajang serta merta. Tapak pelupusan ini pada
    mulanya dijangka dapat beroperasi pada Julai 2009, namun disebabkan permasalahan
    yang dihadapi dalam penyediaan jalan masuk ke tapak pelupusan ini, ia hanya dapat
    disiapkan pada Disember 2009.
    Dengan beroperasinya tapak pelupusan ini, Kerajaan Negeri akan menutup 2 tapak
    pelupusan sisa pepejal terbuka di Ampar Tenang, Sepang dan Sungai Sedu, Kuala
    Langat.

  2. Berapakah kos yang digunakan untuk landfill ini?

    Kos penyediaan tapak pelupusan sisa pepejal sanitari ini adalah lebih kurang RM 50 juta
    dan dilaksanakan secara private funded initiative (PFI). Kos ini ditanggung sepenuhnya
    oleh anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Worldwide Holdings Berhad. Buat masa kini
    sejumlah RM 10 juta telah dibelanjakan untuk penyediaan infrastruktur asas, jalan
    masuk sementara sepanjang 3km dan sel-sel untuk menerima sisa pepejal.

Lampiran

Tiada Lampiran.