Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
230) SANITARY LANDFILL TANJUNG DUA BELAS
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah masalah-masalah utama yang timbul ketika menggunakan sanitary landfill ini?
Antara permasalahan yang utama ketika menggunakan sanitary landfill berkenaan
adalah mengenai keadaan jalan masuk yang dibina oleh pihak JKR kerana berlaku
mendapan tanah yang serius. Selain daripada itu, masalah jarak tapak landfill yang
mungkin terlalu jauh bagi sesetengah PBT untuk menghantar sampah yang telah
dipungut itu. -
Secara puratanya, berapakah jumlah berat sampah yang dibawa ke sanitary landfill ini setiap bulan?
Secara puratanya, tapak pelupusan Tanjung Dua Belas menerima lebih kurang 350
tan sampah sehari. Ini menjadikan tapak pelupusan ini memproses sejumlah 10,500
tan sampah dalam masa sebulan. Antara sampah PBT yang dilupuskan oleh tapak
pelupusan ini adalah daripada Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) sebanyak 124
tan dan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) sebanyak 92 tan sehari. -
Sila senaraikan PBT-PBT yang menggunakan sanitary landfill ini.
PBT yang menggunakan sanitary landfill :-
i. Majlis Perbandaran Sepang
ii. Majlis Daerah Kuala Langat
iii. Majlis Perbandaran Kajang