Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

191) SAMPAH SARAP DI SUNGAI SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sedarkah pihak yang bertanggungjawab terdapat banyaknya sampah sarap di sungai berkenaan?

    Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedia maklum berkaitan isu terdapatnya sampah sarap di dalam Sungai Selangor. Salah satu punca yang dikenalpasti berlakunya pencemaran ini adalah disebabkan aktiviti pembuangan sampah haram oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain itu terdapat juga sebilangan masyarakat yang masih kurang kesedaran akan keburukan kesan aktiviti pembuangan sampah ke dalam

    Sehubungan itu LUAS telah mengambil inisiatif bagi menangani isu ini dengan menjalankan pemantauan dan mengambil tindakan terhadap isu ini melalui mekanisme seperti Pasukan Petugas lembangan sungai, Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai Negeri Selangor, Jawatankuasa Kecemasan Sumber Air dan Program Kesedaran bersama komuniti setempat dengan kerjasama agensi kerajaan dan bukan kerajaan berkaitan kepentingan sumber air dan alam sekitar. Pasukan Petugas dan Jawatankuasa sediada melibatkan agensi dan jabatan lain dalam menangani masalah berkaitan pengurusan sungai terutama isu – isu pencemaran sungai mengikut bidang kuasa agensi dan jabatan masing – masing. LUAS akan bertindak sebagai penyelaras bagi setiap isu yang dibincangkan.

     

    Peruntukan undang – undang berkaitan dengan sampah adalah di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui Undang – Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (PBT berkaitan) 2007. Manakala maklumat berkaitan kuantiti sampah yang dibersihkan di dalam sungai boleh dirujuk ke pihak JPS. Penyelesaian masalah isu sampah sarap ini perlu ditangani secara menyeluruh dan tidak hanya difokuskan kepada sampah sarap di dalam sungai sahaja kerana aktiviti tersebut tetap menyumbang pencemaran kepada sumber air berhampiran.

  2. Apakah tindakan yang akan diambil untuk membersihkan sampah sarap berkenaan?

    Kerjasama antara agensi yang menjadi ahli dalam jawatankuasa di atas seperti LUAS, PBT, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) untuk memastikan sampah sarap di dalam sungai tersebut dibersihkan agar tidak mendatangkan keburukan kepada biodiversiti sungai dengan mengambil tindakan seperti berikut:

     

    • Pemasangan log boom di sungai oleh pihak JPS seperti di Rantau Panjang dan Sungai Sembah yang berfungsi untuk memerangkap sampah supaya tidak terus hanyut ke hilir sungai. Kerja – kerja pemungutan sampah di log boom adalah di bawah tanggungjawab JPS dan dijadualkan sebanyak dua

    (2) kali sebulan;

     

    • Memastikan kutipan sampah domestik dilaksanakan seperti yang telah dijadualkan oleh pihak PBT;

     

    • Tindakan penguatkuasaan mengikut bidang kuasa agensi yang terlibat ke atas mana – mana individu yang dikenal pasti terbabit dengan aktiviti pembuangan sampah haram; dan

     

    • Membersihkan dan menutup kawasan yang menjadi lokasi pembuangan sampah haram terutama yang berdekatan dengan tebing sungai melalui mekanisme di

Lampiran

Tiada Lampiran.