Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
122) SAMPAH, PENYELENGGARAAN DAN BAIKPULIH
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha proaktif kerajaan dalam menyelesaikan masalah tapak pembuangan sampah haram?
Antara langkah-langkah proaktif yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membanteras dan memantau tapak pembuangan sampah haram ialah:-
- Menggiatkan lagi operasi pemantauan dan penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan pembuangan sampah haram, selain itu ada PBT yang telah menubuhkan “Unit Flying Squad” bagi melakukan aktiviti pemantauan secara berkala;
- Penguatkuasaan oleh agensi-agensi berkenaan ke atas individu yang membuka, mengurus dan membuang sampah di tapak-tapak sampah haram;
- Penstrukturan semula kawasan penyeliaan berpandukan kepada tenaga kerja yang ada;
- Pemantauan oleh Bahagian Kawal Selia, Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Penguatkuasaan Undang-Undang.
-
Pihak manakah yang bertanggungjawab menyelenggarakan rumput-rumput bahu jalan-jalan kampung?
PBT hanya bertanggungjawab bagi penyelenggaraan rumput-rumput di bahubahu jalan utama kampung dalam kawasan PBT dengan melantik kontraktor pembersihan awam untuk menjalankan kerja-kerja pemotongan rumput. Walau bagaimanapun, penyelenggaraan rumput di bahu-bahu jalan kampung yang berada diluar kawasan PBT akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
-
Adakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan khas program membaikpulih semua kemudahan awam yang terdapat di kampung-kampung?
Kerajaan Negeri tiada rancangan untuk melaksanakan khas program membaikpulih semua kemudahan awam yang terdapat di kampung-kampung. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sedang merancang untuk mendapatkan senarai penuh perhentian bas di seluruh Negeri Selangor yang berada di jajaran laluan bas di bawah SPAD untuk dibaik pulih.