Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

21) SAMPAH HARAM

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah PBT mengatasi masalah sampah haram di Selangor?

    Antara langkah-langkah yang diambil oleh PBT dalam mengatasi sampah haram di Selangor adalah:

    1. Menjalankan pemeriksaan dan pemantauan di ‘hotspot’ tapak pembuangan sampah haram yang telah dikenal pasti.
    2. Melaksanakan kerja–kerja pembersihan dijalankan dengan segera bagi lokasi yang dikenal pasti menggunakan logistik ‘inhouse’ PBT atau Kontraktor yang telah dilantik.
    3. Kawasan-kawasan Sampah Haram yang sering menjadi tempat pembuangan sampah secara haram akan dibersihkan dan di pasang dengan papan tanda ‘DILARANG MEMBUANG SAMPAH’.
    4. Menutup laluan masuk ke tapak pembuangan sampah haram yang telah dikenal pasti / dibersihkan.
    5. Bagi tanah yang mempunyai pemilik, pihak PBT akan mengeluarkan notis arahan pembersihan dan langkah pencegahan seperti mengarahkan pemilik tanah memasang pagar bagi mengelakkan pencerobohan. Sekiranya pemilik tanah gagal mematuhi arahan tindakan penyitaan serta laporan ke Pejabat Tanah dan Daerah dibuat untuk tindakan selanjutnya bawah Kanun Tanah Negara (Tindakan Pelanggaran Syarat)
  2. Adakah PBT telah mengenalpasti dan mengenakan tindakan kepada pihak yang terlibat?

    Statistik tindakan Pihak PBT adalah seperti berikut:

    BIL PBT Tindakan Penguatkuasaan
    1. MBSA 7 kompaun pada 2015 Menugaskan anggota-anggota melaksanakan penyamaran dan tugasan statik di beberapa lokasi ‘hotspot’ yang menjadi tempat pembuangan sampah haram
    2. MBPJ 7 kompaun pada 2015 Akan mendakwa mereka di mahkamah sekiranya tidak membayar kompaun tersebut
    3. MPSJ 10 kompaun pada 2014 Menjalankan penguatkuasaan pembuangan sampah melalui:

    1) Operasi Sampah Haram Dan Pembakaran Terbuka

    2) Operasi Sisa Perindustrian Dan Perdagangan.

    4. MPS Tiada Telah menjalankan pemantauan berkala
    5. MPKj Tiada Bagi individu yang membuang sampah dalam jumlah yang banyak, pihak MPKj akan menyita kenderaan tersebut selama seminggu bagi kesalahan pertama dan sebulan bagi kesalahan kali kedua serta individu yang bersalah perlu membayar kompaun sebanyak RM1000.00 dan kos sitaan sebanyak RM500.00 perlu dibayar sebelum kenderaan dapat dikeluarkan.
    6. MPK Dari Januari hingga Jun 2015, jumlah kutipan hasil kompaun yang dikenakan sebanyak RM25,975.00 daripada perlaksanaan penguatkuasaan yang dijalankan. Telah menyita 12 buah kenderaan (8 lori, 2 kereta, 1 van dan 1 pacuan empat roda).
    7. MPAJ Tiada a)  Operasi Sampah Haram di mana Penguatkuasa akan diletakkan di lokasi-lokasi berkaitan;

    b)  Notis kepada penduduk yang membuang sampah di bawah Seksyen 82(5);

    c)  Pemantauan daripada kontraktor pembersihan kawasan dan penduduk sendiri;

    d)  Pemasangan papan tanda larangan membuang sampah;

    e)  Rondaan penguatkuasa;

    f)   Penahanan lori yang membuang sampah haram & kompaun dikeluarkan serta-merta;

    8. MPSp 43 kompaun pada 2015 Kompaun dikeluarkan berserta dengan sitaan lori sampah berkenaan.
    9. MDKL 6 kompaun pada 2015 Menguatkuasakan undang-undang dan menjalankan pemantauan berkala
    10. MDKS Tiada MDKS telah meletakkan papan tanda dilarang membuang sampah denda RM 1,000.00 di lokasi-lokasi hotspot sampah haram
    11. MDSB Tiada Menguatkuasakan undang-undang dan menjalankan pemantauan berkala
    12. MDHS Tiada Menguatkuasakan undang-undang dan menjalankan pemantauan berkala

    **Sumber: Semua PBT Negeri Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.