Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
128) SAMPAH HARAM
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan oleh Kerajaan Negeri bagi membendung kegiatan pembuangan sampah (industri) haram di dalam kawasan DUN Pelabuhan Klang terutamanya di Pulau Indah seperti dilaporkan oleh media antarabangsa (The Japan Times pada 26/10/2018)?
Diantara tindakan yang diambil oleh Majlis Perbandaran Klang bagi membendung kegiatan pembuangan sampah industri ini adalah dengan menetapkan setiap kilang yang memperbaharui lesen disyaratkan supaya melantik kontraktor sisa industri sebelum lesen perniagaan boleh diperbaharui. Manakala bagi kilang yang tidak mempunyai lesen tindakan penguatkuasaan dikenakan.