Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
334) SAMPAH HARAM
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah statistik tapak pelupusan sampah haram diseluruh Negeri Selangor sejak 2018 sehingga sekarang?
Jumlah statistik tapak pelupusan sampah haram di seluruh Negeri Selangor sejak tahun 2018 hingga sekarang mengikut mengikut kawasan PBT adalah seperti berikut:-
Bil. PBT Tahun
2018
2019 2020 2021 2022 2023
1. MBSA 24
26 32 32 34 42
2. MBPJ 30
11 5 16 13 12
3. MBSJ 30
11 5 16 13 12
4. MPS 8
7 7 7 8 8
5. MPKj 10
9 5 7 9 7
8. MPSp 15
31 18 27 35 24
9. MPKL 2
2 3 2 1 1
10. MPKS 6
8 3 3 3 3
11. MPK MPK tidak mempunyai senarai secara terperinci bagi tahun 2018-2022
25
11. MPHS Tiada tapak pelupusan sampah haram
11. MPAJ Tiada tapak pelupusan sampah haram
12. MDSB Tiada tapak pelupusan sampah haram
Jumlah
125
105 78 110 116 109
*Sumber: PBT Negeri Selangor
-
Apakah usaha yang sedang dilakukan Kerajaan Negeri bagi menghapuskan tapak sampah haram?
Antara usaha yang sedang dilakukan oleh PBT bagi menghapuskan tapak sampah haram adalah seperti berikut:
- PBT melantik panel pengurusan sisa binaan dan panel sisa industri bagi mengawal aktiviti pembuangan sampah haram di mana pemilik premis perumahan, komersial dan industri perlu menggunakan kontraktor panel PBT yang disyaratkan melalui pelan ubah suai dan syarat lesen;
- PBT melantik Syarikat KDEB Waste Management S Bhd. (KDEBWM) bagi melaksanakan pengurusan kutipan sampah di kawasan domestik di kampung;
- PBT juga sedang menilai semula jadual kekerapan kutipan sampah domestik setiap hari bagi kawasan yang mempunyai penjanaan kuantiti sampah yang tinggi seperti kawasan kedai/ kawasan komersial, industri/ Industri Kecil dan Sederhana, gerai/ kiosk/ medan selera, pasar malam, penjaja berpusat dan tong berpusat sebelum pelanjutan kontrak dengan KDEBWM dilaksanakan bagi mengatasi masalah keciciran kutipan sampah. Namun, cadangan ini bergantung kepada kemampuan kewangan PBT masing-masing;
- PBT menggunakan Sistem Pemantauan Potensi Lokasi Pelupusan Sisa yang disediakan oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bagi memantau kewujudan potensi lokasi tapak pelupusan sampah melalui cerapan imej satelit beresolusi tinggi di kawasan masing-masing; dan
- PBT melaksanakan tindakan penguatkuasaan melalui operasi bersepadu terhadap tapak-tapak pelupusan sampah haram yang telah dikenal pasti.