Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
74) SAMPAH HARAM
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kadar penalti/ denda bagi kesalahan membuang sampah haram di bawah Akta 171 ialah tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Senaraikan kesemua kes dan nama pesalah yang pernah dibawa ke mahkamah oleh setiap PBT sejak tahun 2018 bersertakan dengan keputusan mahkamah.
Sebanyak lima (5) PBT yang telah membawa pesalah bagi kesalahan membuang sampah ke mahkamah iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL). Satu (1) PBT iaitu Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) masih dalam proses melengkapkan kertas siasatan (IP) bagi pendakwaan di mahkamah, satu (1) PBT iaitu Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) tiada kes atau pesalah yang dibawa ke mahkamah manakala baki enam (6) PBT hanya melaksanakan pengeluaran Notis Tindakan Kompaun (NTK) kepada pesalah. Senarai kes dan nama pesalah yang dibawa ke mahkamah oleh empat (4) PBT tersebut adalah seperti yang berikut: