Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

62) Sampah Haram

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Masalah pembuangan sampah haram dan discharge air sampah merata-rata tempat masih tidak dapat diatasi sehingga sekarang. Bolehkah kerajaan mengemukakan statistik jumlah kes berkaitan yang telah dijatuh hukuman dari tahun 2018 sehingga sekarang?

    Statistik jumlah kes berkaitan pembuangan sampah haram dan discharge air sampah merata-rata tempat yang telah dikenakan tindakan adalah sebanyak 1532 kes pada 2018, 1983 kes pada 2019 dan 874 kes sehingga bulan September 2020. Pecahan kes mengikut PBT seperti berikut:-

  2. Adakah kerajaan akan menimbang untuk memberatkan hukuman berkenaan?

    Selain tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan amaran, kompaun dan Notis berdasarkan undang-undang berikut:

    • mengeluarkan Notis di bawah Seksyen 82 Borang B, Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) kepada pemilik tanah supaya memastikan tidak berlaku kacau ganggu;

    • mengeluarkan Notis Kerja Tanah di bawah Seksyen 70A, Akta Jalan Parit Dan Bangunan (Akta 133) untuk memastikan tiada lagi aktiviti pelupusan sampah haram dilakukan; dan

    • mengeluarkan Notis di bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) kepada pemilik tanah supaya memulihkan tanah kepada keadaan asal.

    Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) telah memperkenalkan Arahan Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Selangor (PTGS) Bil.1/2019 sebagai panduan kepada pihak Pejabat Tanah Daerah atau Pentadbir Tanah dan pegawai PBT untuk mengambil tindakan ke atas pemilik tanah tapak pelupusan sampah haram dengan mengeluarkan Notis 7A kepada pemilik agar memulihkan pelanggaran syarat tanah tersebut. Seterusnya, Notis 7B akan dikemukakan bagi mendapatkan pengesahan terhadap pemulihan yang telah dibuat. Sekiranya selepas tempoh yang diberikan pemulihan tanah tidak dilaksanakan serta Pemilik Tanah Berdaftar masih ingkar dan berdegil, tindakan perampasan tanah oleh Pentadbir Tanah akan dilakukan di bawah Notis 8A, Seksyen 130 Kanun Tanah Negara 1965.

Lampiran

Tiada Lampiran.