Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

8) SAMPAH

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyakkan sampah yang dikutip setiap bulan oleh PBT-PBT di Selangor?

    Purata jumlah sampah yang dikutip oleh setiap PBT Negeri Selangor setiap bulan adalah seperti berikut:-

     

    BIL.

     

    PBT

    PURATA SAMPAH YANG DIKUTIP SEBULAN

    ( TAN METRIK)

    PURATA JUMLAH SAMPAH DIKUTIP SEBULAN

    (TAN METRIK)

         

    DOMESTIK

     

    SISA LENGAI

    1. MBSA 15,488.27 7,704.76 23,193.03
    2. MBPJ 13,568.25 3,474.09 17,042.34
    3. MPSJ 6,804.70 2,642.09 9,446.79
    4. MPS 11,426.39 4,072.95 15,499.34
    5. MPKj 15,000.00 6,000.00 21,000.00
    6. MPK Tidak diperincikan 14,737.31
    7. MPAJ 8,513.82 389.41 8,903.21
    8. MPSp 6,992.45 160.12 7,152.57
    9. MDKS 2,707.73 300.00 3,007.73
    10. MDKL 3,736.65 51.93 3,788.58
    11. MDSB Tapak Pelupusan Terbuka 1,927.08
    12. MDHS Tapak Pelupusan Terbuka 9,000.00

    ***Sumber: Semua PBT Negeri S

  2. Berapa banyakkah pusat pelupusan sampah yang beroperasi di Selangor?

    Sebanyak sembilan (9) buah tapak pelupusan sampah yang beroperasi di Negeri Selangor iaitu:-

    1. Tiga (3) buah tapak pelupusan sisa domestik;
    2. Tiga (3) buah tapak pelupusan sisa lengai;
    • Tiga (3) buah tapak pelupusan terbuka; dan
    1. Sebuah transfer

     

    Senarai tapak pelupusan tersebut adalah seperti berikut:-

    BIL. Tapak Pelupusan Kendalian
    1. Tapak Pelupusan Sanitari Jeram,

    Kuala Selangor

    Worldwide          Holdings

    Berhad

    2. Tapak Pelupusan Sanitari Tanjong

    Duabelas,Kuala Langat.

    Worldwide          Holdings

    Berhad

     

    3.

    Tapak Pelupusan Sanitari Bukit Tagar KUB Berjaya Enviro Sdn Bhd.
     

    4.

    Tapak Pelupusan Sisa Lengai Dengkil Worldwide                             Holdings Berhad.
     

     

    5.

    Tapak Pelupusan Sisa Lengai Kuang Worldwide                             Holdings Berhad.
    6. Tapak Pelupusan Sisa Lengai Sg.

    Kertas

    Worldwide          Holdings

    Berhad.

    7. Tapak Pelupusan Secara Terbuka

    Bukit Beruntong

    Majlis      Daerah      Hulu

    Selangor

    8. Tapak Pelupusan Secara Terbuka

    Sungai Sabai

    Majlis      Daerah      Hulu

    Selangor

    9. Tapak Pelupusan Secara Terbuka

    Panchang Bedena

    Majlis     Daerah     Sabak

    Bernam

    10. Transfer Station Seksyen 21, Shah

    Alam

    Worldwide          Holdings

    Berhad

     

  3. Apakah rancangan kerajaan bagi membantu mengatasi masalah pembuangan sampah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab?

    Rancangan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah pembuangan sampah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab adalah seperti berikut:-

    1. Pihak PBT sentiasa menjalankan pemantauan dan menguatkuasakan Undang-Undang Kecil (UUK) berkaitan kesalahan dalam pembuangan sampah seperti UUK Pemungutan, Pembuangan, Dan Pelupusan Sampah Sarap dan UUK Jalan, Parit dan Bangunan;
    2. Operasi bersepadu antara PBT bersama Pejabat Daerah dan Tanah mengambil tindakan melalui peruntukan pelanggaran syarat tanah di bawah Kanun Tanah Negara;
    • Mewujudkan Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam Negeri Selangor; dan
    1. Mengenakan hukuman yang berat di dalam Enakmen contohnya denda maksima dan hukuman berkaitan kesalahan-kesalahan dalam enakmen ini dikenakan antara RM10,000.00 hingga RM50,000.00 dan penjara antara enam (6) bulan hinggan lima (5) tahun;
    2. PBT diminta untuk mengenalpasti tapak pelupusan sisa binaan di lokasi yang paling sesuai di kawasan masing-masing sebagai kemudahan dalam melupuskan sisa binaan/industri.

Lampiran

Tiada Lampiran.