Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

152) SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 3 PEMERINTAHAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Baru-baru ini telah diadakan majlis sambutan ulang tahun ke-3 Pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor. Berapakah jumlah perbelanjaan yang telah Kerajaan Negeri belanjakan untuk menganjurkan program tersebut?

    Jumlah perbelanjaan  yang  telah  Kerajaan  Negeri  belanjakan  untuk  menganjurkan  program Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Negeri Selangor pada 05 dan 06 Mac 2011 ialah sebanyak RM 323,593.20. Perbelanjaan tersebut meliputi perkara-perkara berikut:-

     

    BIL. PERKARA JUMLAH (RM)
    1. Keperluan Logistik dan Persiapan 48,530.00
    2. Keperluan Jamuan 62,400.00
    3. Keperluan Media dan Publisiti 103,935.20
    4. Keperluan Pameran 40,500.00
    5. Keperluan Acara 30,130.00
    6. Sewaan dan Pembersihan Stadium 19,448.00
    7. Lain-Lain Perbelanjaan 18,650.00
      JUMLAH PERBELANJAAN 323,593.20

Lampiran

Tiada Lampiran.