Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

8) SAMBUTAN PROGRAM PEMUTIHAN KILANG DI MERU

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimana sambutan program pemutihan kilang haram di Meru setakat ini?

    Jumlah kilang haram yang telah dibanci oleh MPK dan Pejabat Tanah bagi DUN
    Meru ialah 35 buah sahaja. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 15 kilang yang telah
    memohon permit khas bagi kilang haram. Bagi permohonan tukar syarat tanah,
    sebanyak 3 kilang daripada 35 buah tersebut yang telah memohon untuk tukar
    syarat tanah dan satu daripadanya ditolak memandangkan industri yang dijalankan
    tidak sesuai dan terletak bersebelahan dengan kawasan perumahan.

  2. Apa yang harus dilakukan untuk melicinkan lagi proses ini?

    untuk melicinkan lagi proses ini, tindakan penguatkuasaan perlulah diambil terhadap
    kilang-kilang haram tersebut. Namun, tarikh akhir bagi permit khas ialah pada 31
    Disember 2010. Jadi, tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan Notis 7A
    mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara hanya boleh dikeluarkan selepas tarikh
    tersebut di mana tindakan mengenakan denda dan perampasan tanah boleh diambil
    sekiranya tanah tersebut tidak dipulihkan kepada keadaan asal.

Lampiran

Tiada Lampiran.