Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

108) SAMBUNGAN HORAS600 DAN POND C KEPADA LRA SSP1,2,3 DAN SG SEMENYIH

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan progres projek sambungan HORAS600 dan Pond C kepada LRA SSP1,2,3 dan Sg Semenyih.

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali:

     

    Projek pengepaman air mentah dari kolam takungan HORAS 600 di Sungai Selangor dan Kolam Takungan (Pond C) di Sungai Semenyih dilaksanakan melalui empat (4) pakej kerja seperti berikut:-

     

    (i) Pakej A kerja-kerja pembekalan, pemasangan, pengujian dan pentauliahan sistem pengepaman Archimedean Pump dan kerja-kerja lain berkaitan di Kolam HORAS 600 Kampong Sg. Darah, Bestari Jaya, Kuala Selangor
    (ii) Pakej B kerja-kerja pembekalan, pemasangan, pengujian dan pentauliahan sistem pengepaman dan kerja-kerja lain berkaitan di muka sauk Loji Rawatan Air Rantau Panjang, Kuala Selangor
    (iii) Pakej C kerja-kerja pembinaan pelencongan sungai, pembekalan, pemasangan, pengujian dan pentauliahan dan kerja-kerja lain berkaitan di muka sauk Loji Rawatan Air SSP 1, 2 & 3 Bestari Jaya, Kuala Selangor
    (iv) Pakej D kerja-kerja pembekalan, pemasangan, pengujian dan pentauliahan sistem pengepaman dan kerja-kerja lain berkaitan di muka sauk Loji Rawatan Air Sungai Semenyih, Jenderam Hilir

     

    Bagi Pakej A, pembentangan telah dibuat kepada Lembaga Perolehan Negeri pada 03 September 2021, 04 Oktober 2021 dan pada 09 November 2021. Pelantikan kontraktor akan dibuat selepas mendapat ketetapan Lembaga Perolehan.

     

    Bagi Pakej B, pembentangan telah dibuat kepada Lembaga Perolehan Negeri pada 09 November 2021.  Pelantikan kontraktor akan dibuat selepas mendapat ketetapan Lembaga Perolehan.

     

    Bagi kerja-kerja di bawah Pakej C, pembentangan telah dibuat kepada Lembaga Perolehan Negeri pada 03 September 2021.  Surat Setuju Terima Tender telah disempurnakan pada 03 November 2021. Kerja-kerja di tapak bermula pada 22 November 2021 dan dijadualkan siap pada 21 November 2022.

     

    Bagi D pula, pembentangan telah dibuat kepada Lembaga Perolehan Negeri pada 09 November 2021.  Pelantikan kontraktor akan dibuat selepas mendapat ketetapan Lembaga Perolehan.

     

    Secara amnya, tempoh pelaksanaan kerja-kerja di bawah Projek pengepaman air mentah dari kolam takungan HORAS 600 di Sungai Selangor dan Kolam Takungan (Pond C) di Sungai Semenyih adalah selama dua belas (12) bulan bermula dari tarikh milik tapak diberikan kepada kontraktor yang terpilih.

  2. Sila bekalkan Gantt chart projek tersebut.

    Jawapan adalah sama seperti di atas

Lampiran

Tiada Lampiran.