Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
154) SAMAN RM1 BILION
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pendirian dan tindakan kerajaan terhadap langkah yang akan dibuat oleh pihak tertentu untuk menyaman kerajaan sebanyak RM1 bilion di atas kes Hutan Simpan Bukit Lagong?
Buat masa ini, belum ada mana-mana pihak yang memfailkan apa- apa tindakan perundangan di mahkamah terhadap Kerajaan Negeri seperti kes yang dinyatakan. Namun begitu, sekiranya terdapat mana-mana pihak yang memfailkan tuntutan saman terhadap Kerajaan Negeri, maka beban pembuktian adalah di pihak yang menuntut tersebut untuk membuktikannya dan bukanlah berdasarkan anggapan/allegation semata-mata.
Di pihak Kerajaan Negeri, semua keputusan yang dibuat di bawah kuasa Kerajaan Negeri adalah secara telus dengan mematuhi proses dan prosedur yang ditetapkan serta berdasarkan kepada undang-undang berkuatkuasa. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor sentiasa komited untuk mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan dan mengoptimumkan sumbangannya kepada pembangunan sosio-ekonomi negeri dan negara.