Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

197) SAMAN PARKIR TERTUNGGAK

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah saman parkir tertunggak dari 2014-2017.

    a) dan b)

    Jumlah keseluruhan saman parkir tertunggak dari tahun 2014 hingga 2017 adalah sebanyak RM271,168,393.00. Manakala jumlah keseluruhan penama yang gagal membayar saman parkir adalah sebanyak 2,908,091 penama. Adalah dimaklumkan juga bahawa Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) belum melaksanakan kutipan bayaran parkir. Perincian jumlah saman dan penama yang gagal membayar saman parkir seperti berikut:

    PBT TAHUN JUMLAH SAMAN TERTUNGGAK

    (RM)

    JUMLAH PENAMA YANG GAGAL MEMBAYAR SAMAN
    MBSA 2014 19,859,200.00 198,589
    2015 26,340,240.00 263,401
    2016 29,169,980.00 291,706
    2017 21,943,590.00 221,708
    MBPJ 2014 14,571,890.00 1,824
    2015 21,573,175.00 1,381
    2016 21,038,305.00 1,816
    2017 13,289,166.00 1,649
    MPK 2014 136,145.00 105,150
    2015 200,906.00 125,449
    2016 181,433.00 107,156
    2017 143,956.00 94,823
    MPAJ 2014 7,561,151.00 115,816
    2015 4,121,558.00 64,762
    2016 2,179,853.00 22,544
    2017 3,613,771.00 70,934
    MPSJ 2014 11,830,400.00 147,883
    2015 9,803,832.00 129,287
    2016 12,241,772.00 152,359
    2017 10,717,520.00 133,969
    MPS 2014 7,619,420.00 118,292
    2015 9,873,760.00 154,027
    2016 9,564,550.00 150,239
    2017 7,102,250.00 137,298
    MPKj 2014 204,960.00 2,562
    2015 326,080.00 4,076
    2016 260,640.00 3,258
    2017 1,187,600.00 14,845
    MPSp 2014 1,378,000.00 2,120
    2015 389,700.00 559
    2016 185,500.00 927
    2017 564,500.00 869
    MDKL 2014 604,710.00 20,157
    2015 780,750.00 26,025
    2016 494,490.00 16,843
    2017 113,640.00 3,788
    MDHS belum melaksanakan kutipan bayaran parkir.
    MDKS belum melaksanakan kutipan bayaran parkir.
    MDSB belum melaksanakan kutipan bayaran parkir.
    JUMLAH 271,168,393.00 2,908,091

     

    Nota: Sumber Pihak Berkuasa Tempata

  2. Berapakah jumlah penama yang gagal membayar saman parkir tersebut mengikut PBT?

  3. Bagaimanakah Kerajaan Negeri menyelesaikan masalah ini?

    Kerajaan Negeri menyelesaikan masalah saman parkir tertunggak seperti berikut:

     

    • Kempen pengurangan kompaun;
    • Menyediakan system i-sekat;
    • Pengeluaran notis peringatan saman tertunggak;
    • Pelaksanaan tindakan pendakwaan ke atas pemilik saman/kenderaan;
    • Pelaksanaan tindakan menyenarai hitam pemilik yang gagal menjelaskan saman;
    • Menyediakan kiosk bayaran dan kaunter pandu lalu;
    • Menyediakan kaedah pembayaran secara atas talian online melalui system B-COL (Bayar Kompaun Secara Online) dan lain-lain.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.