Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
247) SAMAN MAJLIS
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah kutipan saman majlis dari 2014-2016 mengikut PBT
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tiada rekod kutipan hasil denda dan saman ke atas pesalah berikutan kutipan hasil daripada denda dan saman ke atas pesalah adalah di bawah bidang kuasa mahkamah, iaitu setelah mahkamah menjatuhkan hukum ke atas kesalahan yang dibicarakan, termasuklah menentukan jumlah saman dan denda yang dikenakan. PBT hanya boleh mengeluarkan notis tawaran kompaun dan mengutip kompaun ke atas pelanggaran salah laku yang tidak dibawa ke mahkamah.
-
Nyatakan jumlah tunggakan bayaran saman majlis dari 2014-2016 mengikut PBT
Sama seperti di SUB(a)