Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
177) SAMAN MAHKAMAH
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan kes saman Kerajaan Negeri sejak Pakatan Harapan mentadbir Selangor?
Senarai kes saman untuk Negeri Selangor yang diterima antara tahun 2008 sehingga 13 Mac 2018 seperti di jadual
Jumlah kes yang direkodkan dari tahun 2008 sehingga kini adalah sebanyak 1640 kes. Kes-kes adalah melibatkan pelbagai peringkat mahkamah iaitu Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan melibatkan pelbagai jenis kes termasuk tort kecuaian, perlanggaran tugas statutori, semakan kehakiman, penamatan kontrak dan yang dikategorikan sebagai pihak nominal sahaja.
TAHUN
JUMLAH (BILANGAN KES)
2008 59 2009 86 2010 150 2011 168 2012 153 2013 205 2014 146 2015 206 2016 214 2017 205 2018 48 -
Nyatakan jumlah saman yang menang, kalah, selesai luar mahkamah dan masih dalam perbicaraan?
Daripada 1640 jumlah kes yang direkodkan dari tahun 2008 sehingga 2018, sebanyak 1327 kes yang telah selesai sama ada menang, kalah, selesai luar mahkamah atau dikategorikan sebagai selesai manakala sebanyak 313 kes masih dalam perbicaraan. Sebagai makluman bagi tahun 2017-2018, jumlah kes menang ialah sebanyak 56 kes, jumlah kes kalah ialah sebanyak 41 kes manakala jumlah kes selesai luar mahkamah atau dikategorikan sebagai selesai ialah sebanyak 106 kes.