Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
215) SAMAN KAKITANGAN UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan kes-kes saman yang dikemukakan oleh pekerja dan bekas pekerja kepada pihak UNISEL dari tahun 2015 hingga 2024.
Berikut merupakan senarai kes-kes saman yang dikemukakan oleh pekerja dan bekas pekerja kepada pihak UNISEL dari tahun 2015 hingga 2024
TAHUN 2015-2024
KES SAMAN MAHKAMAH JUMLAH KES SAMAN MAHKAMAH SELESAI KES TUNTUTAN PEKERJA SELESAI 25
11
29
-
Nyatakan kategori saman yang dikemukakan oleh pekerja dan bekas pekerja kepada pihak UNISEL dari tahun 2015 hingga 2024.
Berikut adalah perincian kategori saman mahkamah dari tahun 2015 sehingga 2024
NO. KATEGORI SAMAN JUMLAH KES
JUMLAH KES SELESAI 1. Kes Tuntutan Bayaran Faedah Persaraan 12 8 2. Kes Tuntutan di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 8 3 3. Kes Pertikaian Perusahaan 3 Sedang berjalan 4. Kes Saman Fitnah 2 Sedang berjalan -
Berapakah jumlah kes yang berjaya diselesaikan sehingga kini?
Sehingga kini jumlah kes yang berjaya diselesaikan adalah sebanyak 74% daripada keseluruhan jumlah kes saman mahkamah termasuk tuntutan pekerja melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTK). Kebanyakan kes mahkamah yang dibawa telah dimenangi oleh UNISEL terutama yang melibatkan kes tuntutan bayaran faedah persaraan dan kes tuntutan di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 berkaitan pemberhentian kerja kerana kesalahan tatatertib.