Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
232) SALURAN LONGKANG KECIL DI KAMPUNG SUNGAI PURUN JALAN BANGI SEMENYIH
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi limpahan air dan masalah banjir kilat di kampung tersebut?
Kontraktor telah dilantik bagi mengambil langkah-langkah jangka masa pendek iaitu mengorek longkah tanah, memasang longkang ‘u’ di kawasan kilang termasuk menaiktaraf longkang di tepi jalan.
-
Adakah pemilik-pemilik kilang di sekitar memberi sumbangan kepada menaiktaraf sistem perparitan di kampung tersebut?
Pemilik-pemilik kilang yang telah mengemukakan permohonan kepada pihak Majlis telah disyaratkan menyumbang bagi menaiktaraf infrastruktur Kawasan Industri Sungai Purun sebanyak RM 2/ft2. Sumbangan tersebut hanya untuk kerja-kerja menaiktaraf infrastruktur kawasan perindustrian sahaja.