Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

131) SALIRAN LONGKANG YANG SISTEMATIK

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam menjalankan memastikan perancangan saliran longkang yang sistematik di kawasan-kawasan dan lot-lot perumahan persendirian yang dibangunkan di kawasan Jalan Bukit Kemuning?

    Pihak JKR sentiasa memastikan perancangan saliran longkang yang sistematik di kawasan Jalan Bukit Kemuning dengan melibatkan jalan-jalan di bawah seliaan JKR sahaja.

    Projek pembangunan tepi jalan melibatkan jalan-jalan di bawah seliaan JKR akan dikenakan syarat untuk menaiktaraf saliran longkang sedia ada dengan mengambil kira kategori dan skala pembangunan yang dilaksanakan serta pembangunan lain di sekitar kawasan tersebut.

    Projek menaiktaraf jalan di bawah seliaan JKR juga melibatkan kerja kerja menaiktaraf longkang sedia ada dengan mengambil kira faktor surface run-off yang semakin meningkat serta pembangunan lain di sekitar kawasan tersebut.

    Walaubagaimanapun pihak JKR tidak terlibat di dalam perancangan saliran longkang melibatkan lot-lot perumahan persendirian yang dibangunkan di kawasan Jalan Bukit Kemuning.

Lampiran

Tiada Lampiran.