Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
136) SALAH GUNA PREMIS KEDIAMAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan alamat dan jenis perniagaan semua premis kediaman yang mempunyai perniagaan tanpa kebenaran oleh MBPJ.
Terdapat 24 premis kediaman yang telah dilaporkan menjalankan perniagaan tanpa kebenaran oleh MBPJ. Senarai alamat dan jenis perniagaan premis kediaman yang terlibat adalah seperti berikut;-
-
Apakah status penguatkuasaan bagi setiap premis tersebut?
Bagi kes-kes yang boleh dipertimbangkan untuk diberi kelulusan Kebenaran Merancang Bagi Perubahan Material Pada Penggunaan Bangunan (Tukar Guna Bangunan) secara sementara, tindakan Notis Penguatkuasaan Borang F, Kaedah-Kaedah Pengawalan Perancangan Am Selangor 2001 dikeluarkan dan diserah kepada pengusaha untuk mengemukakan permohonan Kepada Majlis. Bagi kes-kes yang tidak boleh dipertimbangkan untuk diberi kelulusan kebenaran merancang pula, tindakan Notis Penguatkuasaan Borang D, Kaedah-Kaedah Pengawalan Perancangan Am Selangor 2001 dikeluarkan dan diserah kepada pengusaha untuk memberhentikan aktiviti perniagaan tersebut. Tindakan pengaduan ke Mahkamah dilakukan sekiranya pengusaha gagal mematuhi notis-notis tersebut.