Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

251) SALAH GUNA MASJID DAN SURAU OLEH PIHAK PEMBANGKANG

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mengawal masjid dan surau yang jelas kini telah dikuasai oleh pihak pembangkang di dalam sesi pemilihan pegawai masjid yang lepas?

    Usaha yang diambil adalah seperti berikut :

    • Menetapkan dasar pelantikan pegawai dan ahli jawatankuasa masjid dan surau tidak memegang jawatan dalam mana-mana parti
    • Menangguhkan pelantikan pegawai dan jawatankuasa masjid yang disyaki masih memegang jawatan dalam mana-mana parti dan tiada dokumen pembuktian yang mengesahkan mereka telah meletak jawatan khasnya perakuan dari pihak parti atau pejabat pendaftar

     

    • Membatalkan pelantikan pegawai dan ahli jawatankuasa masjid yang didapati masih aktif memegang jawatan dalam

     

    • Melaksanakan program kursus dan latihan kepada pegawai dan jawatankuasa agar tidak menjadikan masjid dan surau sebagai medan politik.

     

    • Mengeluarkan surat tunjuk sebab dan mengambil tindakan tatatertib termasuk menggantung / menamatkan perkhidmatan pegawai masjid dan surau yang didapati sengaja atau dengan cuai mengingkari arahan dan ketetapan dari pihak Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam

Lampiran

Tiada Lampiran.