Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
205) SAHAM AIR SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rasional dan kaedah pelaksanaan saham ini?
jawapan ini juga menjawab soalan (Saham Air untuk Rayat ) oleh YB Tuan Haji Saari bin Sungib (Hulu Klang)
Dengan mengambil kira mandat yang diberikan oleh rakyat Negeri Selangor dan dalam usaha untuk merealisasikan Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor untuk kepentingan rakyat Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor telah merancang sekiranya penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor dimuktamadkan, rakyat Negeri Selangor yang juga merupakan pengguna perkhidmatan air akan diberikan pegangan saham di dalam SPV Air yang ditubuhkan.
Pemberian saham tersebut adalah untuk memberi peluang kepada semua rakyat untuk turut mempunyai suara di dalam memberikan pandangan dan penambahbaikan dalam industri perkhidmatan air Negeri Selangor.
Langkah sedemikian rupa boleh memberi kesan kepada budaya rakyat dalam mengamalkan sikap bertanggung jawab terhadap aset dan perkhidmatan air dan sekaligus memupuk rasa tanggung jawab untuk tidak membazir kepada sumber air sedia ada serta semangat cintakan alam sekitar di mana rakyat akan menjadi lebih bertanggung jawab dalam menjaga kebersihan sungai-sungai yang merupakan sebahagian dari sumber air mereka.
Namun demikian, nilai dan mekanisme pemberian saham air kepada rakyat akan diperhalusi setelah penstrukturan semula dimuktamadkan.
-
Apakah faedah kepada pemilik saham?
-
Adakah skim ini menepati peruntukan akta-akta sedia ada?