Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
187) SABAN TAHUN KITA MENYAKSIKAN BANYAK USAHA BARU DI ATAS TANAH PERTANIAN SEPERTI INAP DESA, SUKAN REKREASI DAN JUGA PERTANIAN LAIN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan bercadang memperkenalkan insentif kepada pemilik tanah pertanian untuk mengekalkan tanaman padi tanpa bertukar ke usaha dan tanaman lain?
Jelapang Padi Selangor tidak terkecuali seperti kebanyakan negeri lain menghadapi krisis penyusutan kawasan sawah padi. Ini berikutan kawasan sawah ‘bertukar wajah’ apabila dibangunkan dengan pelbagai projek infrastruktur, komersial, perumahan termasuk inap desa, sekali gus menjadikan keluasan sawah padi negara makin mengecil. Sekiranya tiada kawalan, boleh mengancam pengeluaran beras yang menjadi sumber makanan ruji penduduk di negara ini
Cadangan pemberian insentif kepada pemilik tanah pertanian untuk mengekalkan tanaman padi tanpa bertukar ke usaha tanaman lain merupakan cadangan yang amat baik dan boleh dipertimbangkan kerana penyusutan keluasan bertanam padi yang meningkat saban tahun. Insentif tersebut secara langsung dapat menampung kos pengeluaran yang semakin tinggi selain dapat menarik generasi muda untuk mengusahakan tanaman padi.
Justifikasi tersebut adalah berdasarkan keputusan kajian siasatan profil tanah di Jelapang Padi Selangor yang telah lengkap dilaksanakan secara menyeluruh dan mendapati tahap kesuburan tanah kawasan tersebut masih sesuai untuk penanaman padi dan merupakan kawasan yang berpotensi tinggi untuk pengeluaran hasil padi dengan pengurusan yang cekap serta pemulihan yang bersepadu bagi kawasan-kawasan yang terpencil.
Kerajaan senantiasa berusaha keras untuk membantu meningkatkan taraf hidup para pesawah, melalui insentif secara berterusan seperti berikut ;
Insentif Kerajaan Persekutuan Tahun 2025
i. Baja Sebatian dan Urea di bawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) RM 648/hektar ii. Subsidi Upah Bajak, Baja NPK Tambahan, dan Racun di bawah Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) RM 660.00/hektar iii. Pengapuran dan Upah 3 tahun sekali di bawah Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) RM 1,100/hektar iv. Insentif Harga Padi bagi setiap satu (1) tan metrik berat bersih padi yang dijual di kilang-kilang yang berdaftar dengan BERNAS RM 500/tan v. Insentif Pengurusan Pemuliharaan dan Peningkatan Kesuburan Tanah oleh IADA Barat Laut RM 1,750,000.00 vi. Insentif Pengurusan Teknologi Tepat dan Kelesterian Pertanian oleh IADA Barat Laut RM 750,000.00 vii. Insentif Mempelbagai Sumber Ekonomi dan Peningkatan Pendapatan Pesawah oleh IADA Barat Laut RM 200,000.00 viii. Penyelenggaraan Sistem Pengairan dan Saliran oleh IADA Barat Laut Selangor RM 2,000,000.00 ix. Menaiktaraf Jalan Pertanian Kawasan Jelapang oleh IADA Barat Laut Selangor RM 500,000.00 x. Menaiktaraf Jalan Pertanian oleh IADA Barat Laut Selangor RM300,000.00