Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
46) S-DAICO (SELANGOR DARUL EHSAN AEROSPACE INDUSTRY COORDINATION OFFICE)
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimana struktur fungsi organisasi badan tersebut?
S-DAICO (Selangor Darul Ehsan Aerospace Industry Coordination Office) adalah satu divisyen baru yang ditubuhkan di bawah Invest Selangor Berhad. Ianya bukanlah anak syarikat baru yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri. Penubuhan S-DAICO merupakan salah satu langkah pihak Kerajaan Negeri Selangor untuk memperkasakan dan memantapkan Industri Aeroangkasa sejajar dengan hasrat mengekalkan Negeri Selangor sebagai pemain utama industri aeroangkasa di Malaysia dan menjadikannya salah satu hab aeroangkasa global.
Terdapat lima (5) skop aktiviti di dalam industri ini yang dikenalpasti sebagai pemacu utama industri aeroangkasa di Negeri Selangor iaitu;-
- Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih. (Maintenance, Repair & Overhaul)
- Pembuatan (Manufacturing)
- Sistem Integrasi (Integrated System)
- Kejuruteraan dan Rekabentuk (Desinging & Engineering)
- Pendidikan & Latihan (Education & Training)
S-DAICO berperanan sebagai pelaksana dan penyelaras cadangan projek-projek pembangunan aeroangkasa di bawah perancangan Pelan Tindakan Hala Tuju Khusus Aeroangkasa Selangor 2020 – 2030 yang merupakan pelan strategi pembangunan untuk tempoh 10 tahun.
S-DAICO berfungsi untuk membantu syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri aeroangkasa dalam memberikan maklumat, khidmat nasihat serta promosi peluang pelaburan yang berpotensi untuk diterokai. S-DAICO juga bertindak selaku penyelaras serta memantau pengurusan projek dan peruntukan kewangan yang disalurkan. S-DAICO merupakan urusetia bagi Majlis Aeroangkasa Selangor.
-
Siapakah yang terlibat di dalam organisasi tersebut?
Dalam melaksanakan fungsi dan peranan, S-DAICO dianggotai oleh pegawai-pegawai Invest Selangor yang sedia ada. Pada masa ini, hanya empat (4) orang pegawai dan kakitangan yang bertugas dalam divisyen ini.