Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

254) RUNTUHAN TEBING (CRIB WALL) DI PERUMAHAN BANDAR SAUJANA PUTRA YANG BERSEMPADAN DENGAN LADANG TEH BOH

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi membaik pulih tebing ini dan mengatasi isu banjir kilat di kawasan perumahan yang berdekatan?

    Kerja-kerja pembaikan tebing cerun (Crib Wall) di Jalan SP9/35, Bandar Saujana Putra telah disiap dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik. Punca kejadian adalah disebabkan limpahan air dari sistem aliran air yang tidak diselenggara oleh pihak Ladang Teh Boh.

    Oleh yang demikian, Majlis Perbandaran Kuala Langat telah membuat halangan bagi mengelakkan kejadian berulang dan melakukan pemantauan dari masa ke semasa.

    Pembinaan untuk menaiktaraf sistem perparitan juga telah siap dilaksanakan di sebahagian kawasan perumahan SP9 & SP10 yang terlibat dengan banjir kilat.  Selain itu, surat peringatan telah dikeluarkan kepada pihak Ladang Teh Boh bagi mengawal banjir di kawasan mereka supaya tidak melimpah masuk ke kawasan perumahan Bandar Saujana Putra.

Lampiran

Tiada Lampiran.