Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
310) RUNDINGAN PENSTRUKTURAN SEMULA AIR BERSAMA SPLASH
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini rundingan bersama SPLASH berkaitan penstrukturan semula industri air Selangor?
Perjanjian Utama telah menggariskan bahawa Air Selangor diberi tempoh setahun daripada tarikh Perjanjian Utama dimuktamadkan untuk menyelesaikan pengambilalihan SPLASH. Pada ketika ini, pengambilan SPLASH oleh Air Selangor masih dalam proses rundingan
-
Apakah kekangan sehingga mengambil masa yang lama untuk diputuskan?
Rundingan sedang dijalankan untuk mencapai persetujuan ke atas kos pengambilalihan dan kaedah menyelesaikan perkara-perkara dan isu-isu yang timbul daripada Perjanjian Konsesi