Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
222) RUMPUT DAN PARIT DI KOMPLEKS SUKAN PANDAMARAN
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Keadaan rumput panjang di Kompleks Sukan Pandamaran sudah tiga bulan walaupun aduan telah dibuat, tetapi masih tiada tindakan dari MPK.Adakah Jabatan Taman mengalami kekangan dalam melaksanakan tugas?
Kerja-kerja penyelenggaraan landskap dan kebersihan Kompleks Sukan Pandamaran Klang seluas 27 ekar pada ketika ini dilaksanakan secara ‘in-house’. Pihak Majlis pada ketika ini juga sedang dalam proses melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan melalui sebutharga agar penyelenggaran dapat dilaksanakan secara berkala dan efisen. Kerja-kerja tersebut telahpun diiklankan oleh pihak Majlis.
Pihak Majlis telah menerima aduan berkenaan perkara ini dan tindakan serta- merta telah diambil. Oleh kerana keluasan kawasan yang sangat besar, tindakan penyelesaian memerlukan tempoh tertentu untuk diselesaikan. Walaubagaimanapun, tindakan pemotongan rumput dan pembersihan telah siap sepenuhnya di tapak pada 9hb November 2018.
-
Berapa lamakah aduan seperti ini akan diambil tindakan selepas aduan dibuat?
Tindakan penyelesaian aduan adalah 14 hari dan padang yang tidak sama rata menyebabkan kerja-kerja pemotongan mengambil masa yang agak panjang untuk selesai sepenuhnya.