Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

273) RUMAH WARGA EMAS

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah rumah warga emas yang ada di Selangor dan senaraikan secara terperinci dengan jumlah penghuni?

    Melalui rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor, sehingga Januari 2024 sejumlah 101 Pusat Jagaan kategori warga emas telah didaftarkan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 yang memberi jagaan kepada 1,695 orang warga emas. Senarai terperinci pusat jagaan tersebut adalah seperti di Lampiran 1.

  2. Apakah ada pembiayaan khusus dari kerajaan negeri berkaitan dengan rumah ini dan nyatakan jenis pembiayaan?

    Pada tahun 2023, melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan, JKM telah menyalurkan sejumlah RM3.4 juta yang memberi kepada 47 pertubuhan sukarela kebajikan termasuk pusat jagaan dalam bentuk geran rangsum dan geran pentadbiran. Manakala bagi tahun 2024 bagi suku tahun pertama Jabatan telah mengagihkan sejumlah RM812,996 kepada 11 pertubuhan sukarela kebajikan termasuk pusat jagaan

Lampiran

Tiada Lampiran.