Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
39) RUMAH URUT TANPA LESEN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa jumlah rumah urut berlesen di kawasan MBSA dan senaraikan mengikut alamat?
Jumlah rumah urut yang masih beroperasi di Shah Alam ialah satu. Maklumat premis adalah seperti berikut :-
Nama syarikat : Only One Foot Reflexology Sdn. Bhd Alamat : No. 10A, Jalan Anggerik Vanilla 31/93,
Kota Kemuning, Seksyen 31, 40460 Shah Alam
-
Berapa jumlah rumah urut tidak berlesen di MBSA yang masih beroperasi?
Pada masa ini, di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam terdapat sebanyak 15 buah premis menjalankan aktiviti-aktiviti pusat rumah urut haram. Sebanyak 65 kali operasi penguatkuasaan telah dilakukan pada Januari 2013 sehingga September 2014 dengan tujuan membanteras aktiviti-aktiviti rumah urut
-
Apakah tindakan MBSA untuk membasmi rumah urut tidak berlesen?
Tindakan yang dikenakan kepada pemilik-pemilik premis ini ialah dengan mengenakan tindakan kompaun, membuat sitaan barangan aktiviti dan barangan sitaan tersebut tidak dibenarkan untuk dituntut semula. Perobohan partition juga dilakukan sekiranya terdapat pengubahsuaian di dalam premis tersebut yang tidak terdapat kelulusan daripada MBSA. Tindakan diambil di bawah Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan Pusat Kesihatan MBSA