Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

229) RUMAH URUT TANPA LESEN

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah rumah urut yang masih beroperasi di Selangor tanpa lesen mengikut PBT?

    Jumlah rumah urut yang masih beroperasi tanpa lesen di Selangor adalah sebanyak 305 premis. Perincian mengikut PBT adalah seperti di Jadual 1 :

     

    Jadual 1 : Rumah Urut Tanpa Lesen di PBT Selangor

    PBT JUMLAH RUMAH URUT TANPA LESEN
    MBSA 37
    MBPJ 20
    MPK 46
    MPAJ 0
    MPSJ 134
    MPS 35
    MPKj 10
    MPSp 2
    MDKL 2

     

    MDKS 19
    MDHS 0
    MDSB 0
    JUMLAH 305

     

    Nota : Sumber dari PBT

  2. Apakah tindakan PBT kepada pengusaha rumah urut tanpa lesen tersebut?

    Tindakan penguatkuasaan dikenakan terhadap pengusaha rumah urut yang mengendalikan perniagaan tanpa lesen seperti mengeluarkan Notis Tawaran Kompaun (NTK), sitaan dan penutupan premis. Selain itu, PBT menjalankan operasi secara bersepadu bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia bagi membanteras rumah urut yang menjalankan perniagaan tanpa lesen termasuk menggunakan tukang urut warga asing tanpa permit yang sah.

Lampiran

Tiada Lampiran.