Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
51) RUMAH URUT TANPA LESEN
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah rumah urut yang berlesen dan tidak berlesen di sekitar DUN Gombak Setia?
Jumlah premis yang tidak berlesen di kawasan MPS iaitu 52 premis bagi tahun 2016 dan 20 premis bagi tahun 2017.
PBT MPS DUN GOMBAK
SETIA
RUMAH URUT YANG BERLESEN RUMAH URUT TIDAK BERLESEN 2016 – 09 2017 02 06 -
Apakah tindakan yang telah diambil terhadap rumah urut haram menjalankan aktiviti yang tidak bermoral dalam tempoh Jan Ð Julai 2017?
Tindakan yang diambil ke atas premis rumah urut haram yang menjalankan aktiviti yang tidak bermoral iaitu dengan menjalankan operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan seperti pihak PDRM, JAIS, Imegresan dan lain-lain agensi yang berkaitan. Tindakan sitaan barang perniagaan dan premis akan diambil.
-
Apakah bidang kuasa Kerajaan Negeri terhadap rumah urut?
- Setakat ini, aktiviti rumah urut dikawal melalui Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan Dan Penjagaan Kesihatan (UUK) 2007 (Pindaan 2013) yang diselaraskan pemakaiannya di setiap Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor. Dari segi kawalan pengeluaran lesen, PBT sebagai Pihak Berkuasa Melesen yang diberi kuasa secara bertulis berhak dalam membuat sebarang keputusan berkaitan prosedur lesen operasi dan penguatkuasaan.
Namun demikian, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) turut terlibat dalam proses pengeluaran sesuatu lesen berkaitan dengan pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan. Ini kerana, dalam menentukan tatacara dan peraturan yang perlu digunapakai bagi mengawal dan mengendalikan aktiviti berkaitan pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan PBT memerlukan kerjasama daripada semua Jabatan/ Agensi teknikal. Antara Jabatan/ Agensi teknikal lain yang terlibat adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA).
Dari segi kawalan terhadap operasi rumah urut pula, Kerajaan Negeri melalui PBT sentiasa proaktif dalam menjalankan aktiviti penguatkuasaan secara berkala dan bersepadu melibatkan jabatan/ agensi mengikut bidang kuasa masing-masing seperti berikut:
- Polis DiRaja Malaysia (PDRM);
- Jabatan Imigresen Malaysia;
- Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
- Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS);
- Jabatan Kastam DiRaja Malaysia; dan
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).