Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

199) RUMAH URUT DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah rumah urut yang terdapat didalam Negeri Selangor mengikut PBT.

    a), b) dan c)

    Kerajaan Negeri telah membekukan semua permohonan baru bagi lesen perniagaan penjagaan kesihatan (Urutan Traditional) dari tahun 2008 berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor Bil.5/2008. Selain daripada itu, PBT turut mengadakan operasi bersepadu bersama lain-lain agensi seperti PDRM, Imigresen, JAIS dan lain-lain dari masa ke semasa bagi mengekang penularan rumah urut di Selangor khususnya.

     

    Jumlah rumah urut yang terdapat didalam Negeri Selangor mengikut PBT adalah sebanyak 403 premis dan jumlah serbuan yang telah dilaksanakan dari tahun 2014 hingga 2017 adalah sebanyak 918. Perincian mengikut PBT adalah seperti di Jadual 1.

     

    Jadual 1 : Jumlah rumah urut yang terdapat didalam Negeri Selangor

    dan jumlah serbuan yang telah dilaksanakan dari tahun 2014 hingga 2017

     

    PBT JUMLAH RUMAH URUT JUMLAH SERBUAN DARI THN

    2014-2017

    MBSA 80 19
    MBPJ 53 189
    MPK 57 281
    MPAJ 30 68
    MPSJ 21 62
    MPS 22 96
    MPKJ 66 115
    MPSP 1 9
    MDKL 15 36
    MDHS 10 0
    MDKS 34 33
    MDSB 14 10
    JUMLAH 403 918

    Nota: Sumber data daripada PBT

     

     

     

  2. Nyatakan jumlah serbuan mengikut tahun yang dilakukan dari tahun 2014 hingga kini.

  3. Apakah tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk mengekang penularan rumah urut di Negeri Selangor?

Lampiran

Tiada Lampiran.