Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

22) RUMAH URUT

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar kelulusan dan kawalan sesebuah rumah atau spa?

    Secara dasarnya, kelulusan dan kawalan bagi sesebuah rumah urut dan spa adalah berdasarkan Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan (2007) yang terdapat di semua Pihak Berkuasa Tempatan. Kelulusan juga akan diberikan kepada sesebuah premis setelah ulasan diterima dari agensi-agensi luar seperti Jabatan Bomba, Polis Diraja Malaysia, serta Jabatan Kesihatan Daerah.

  2. Nyatakan bilangan rumah urut, spa dan pusat hiburan berlesen di Selangor pada waktu ini mengikut PBT dan berapakah anggaran rumah-rumah urut, spa dan pusat hiburan yang beroperasi secara haram?

    Bilangan rumah urut, spa dan pusat hiburan berlesen serta bilangan yang tidak berlesen mengikut Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti berikut :

    MDKL 13 23
    MDKS 8 13
    MDHS 12 11 2 3
    MDSB 11 21
    JUMLAH 571 775 140 191

    * nota : sumber daripada PBT

  3. Adakah EXCO dan ADUN kerajaan negeri turun padang membanteras masalah ini bersama agensi kerajaan terbabit?

    Y.B. Ahli EXCO dan ADUN sentiasa bersedia untuk menyertai operasi penguatkuasaan bersama agensi penguatkuasaan kerajaan keatas rumahrumah urut dan pusat hiburan yang terdapat di sekitar Selangor. Ini kerana, operasi penguatkuasaan secara bersepadu merupakan salah satu kaedah terbaik di dalam menangani masalah yang melibatkan rumah urut serta pusat hiburan haram.

Lampiran

Tiada Lampiran.