Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
250) RUMAH URUT
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejauh manakah operasi yang telah dilakukan kerajaan negeri untuk membanteras kegiatan pelacuran dan khidmat seks di rumahÐrumah urut di negeri Selangor?
Kerajaan Negeri bersama-sama PBT dan agensi berkaitan seperti pihak Polis, Imigresen, Pejabat Tanah dan JAIS telah melakukan operasi bersepadu dari semasa ke semasa di kawasan hot spot yang sering kali berlakunya kegiatan pelacuran dan khidmat seks. Selain pemeriksaan berkala oleh anggota Penguatkuasa, PBT juga telah melakukan siasatan dalaman ke atas premis rumah urut bagi memastikan pengusaha mematuhi peraturan PBT.
-
Apakah peranan yang dimainkan oleh jabatan dan agensi peringkat negeri dalam hal ini?
Dalam hal ini peranan semua agensi seperti PBT, Polis, Imigresen, Pejabat Tanah dan JAIS mempunyai peranan penting antara satu sama lain di dalam menguatkuasakan undang-undang dan membanteras gejala tidak bermoral. Selain melaksanakan penguatkuasaan undang-undang dan operasi bersepadu, kempen kesedaran juga dilakukan melalui program-program yang dilaksanakan serta melalui media-media bagi mengelakkan masyarakat terjerumus ke dalam gejala yang tidak bermoral.
-
Apakah tindakan selanjutnya dikenakan kepada premis-premis yang telah dikenakan tindakan kerana menjalankan aktiviti tersebut?
Antara tindakan yang dikenakan kepada pengusaha yang mengulangi
kesalahannya ialah:-
- Pengusaha akan dikenakan tindakan kompaun;
- Pengusaha boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Anti PemerdaganganOrang;
- Menyita premis dan peralatan perniagaan;
- Merobohkan struktur dalaman premis;
- Membatalkan lesen perniagaan; dan vi. Memotong bekalan air dan elektrik.