Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
269) RUMAH URUT
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan statistik terkini rumah urut berlesen dan tidak berlesen di Selangor mengikut PBT.
a) dan b)
Kerajaan Negeri telah membekukan semua permohonan baru bagi lesen perniagaan penjagaan kesihatan (Urutan Traditional) dari tahun 2008 berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor Bil.5/2008. Selain daripada itu, PBT turut mengadakan operasi bersepadu bersama lain-lain agensi seperti PDRM, Imigresen, JAIS dan lain-lain dari masa ke semasa bagi mengekang penularan rumah urut di Selangor khususnya.
Statistik terkini rumah urut berlesen adalah sebanyak 439 premis dan tidak berlesen adalah sebanyak 151 premis. Perincian mengikut PBT adalah seperti di Jadual 1.
Jadual 1 : Statistik terkini rumah urut berlesen dan tidak berlesen di Selangor mengikut PBT
PBT RUMAH URUT BERLESEN RUMAH URUT TIDAK BERLESEN JUMLAH RUMAH URUT DITUTUP 2008- 2017
MBSA 80 19 36 MBPJ 53 49 148 MPK 27 30 0 MPAJ 26 9 74 MPSJ 21 0 705 MPS 22 24 0 PBT RUMAH URUT BERLESEN RUMAH URUT TIDAK BERLESEN JUMLAH RUMAH URUT DITUTUP 2008- 2017
MPKj 66 0 73 MPSp 1 0 0 MDKL 84 9 83 MDHS 38 0 1 MDKS 7 11 6 MDSB 14 0 2 JUMLAH 439 151 1128 Nota : Sumber data daripada PBT
-
Nyatakan jumlah rumah urut yang telah berjaya ditutup dari 2008 sehingga kini mengikut PBT