Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
165) RUMAH URUT
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan statistik terkini rumah urut yang terdapat di dalam Negeri Selangor mengikut PBT?
Berikut adalah jumlah rumah urut berlesen di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor bagi tahun 2023:
JUMLAH RUMAH URUT BERLESEN BAGI TAHUN 2023 PBT JUMLAH
PBT
JUMLAH
MBSA 0
MPS
28
MBPJ 10
MPSp
1
MBSJ 15
MPKL
13
MPK 4
MPKS
0
MPAJ 31
MPHS
0
MPKj 13
MDSB
18
JUMLAH KESELURUHAN
133
-
Adakah pihak PBT membuat tinjauan dahulu sebelum meluluskan lesen rumah urut di setiap PBT?
PBT melaksanakan semakan dan pemantauan ke atas semua permohonan baru dan pembaharuan lesen perniagaan rumah urut sebelum dibentangkan untuk kelulusan Mesyuarat PBT. Laporan semakan beserta gambar akan dibentangkan dalam mesyuarat sebelum diputuskan oleh mesyuarat. PBT juga melaksanakan pemantauan berkala setiap bulan terhadap premis perniagaan aktiviti rumah urut yang telah diluluskan bagi memastikan pemilik premis perniagaan tidak menjalankan apa-apa aktiviti selain daripada aktiviti yang diluluskan.