Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
187) RUMAH UNTUK BEKAS PEKERJA LADANG
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah permohonan, kelulusan dan penolakan rumah untuk bekas pekerja ladang?
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik persoalan yang dikemukakan oleh
Y.B. Kuang berhubung perancangan untuk membantu bekas pekerja ladang di Negeri Selangor terutamanya yang telah bersara untuk mencari dan memiliki perumahan baru.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor setakat ini belum mempunyai program bantuan khusus untuk membantu bekas pekerja ladang yang telah bersara untuk mendapatkan rumah selepas mereka bersara.
Namun begitu, Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang telah mengambil beberapa langkah dan inisiatif dalam menangani masalah perumahan ini dengan melaksanakan beberapa siri lawatan dan turun padang ke ladang – ladang di seluruh Negeri Selangor bagi mendapatkan maklum balas, pandangan dan permasalahan yang dihadapi oleh pekerja ladang berkenaan bagi membantu mendapatkan jalan penyelesaian yang terbaik dan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat.
Dalam membela nasib bekas pekerja ladang, kuasa Kerajaan Negeri adalah terhad. Namun melalui Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, beberapa sesi perbincangan dengan pemilik ladang telah diadakan bagi mempertingkatkan pembangunan kawasan perladangan khusus bagi bekas pekerja ladang dengan mengambil kira syarat – syarat yang ditetapkan oleh “Estate Land Board”. Kerajaan Negeri senantiasa berusaha menjaga nasib bekas pekerja ladang di ladang – ladang sebaik mungkin seperti dibawah:
- Ladang Bukit Rajah – Seramai 75 keluarga telah dibantu dalam memiliki rumah teres satu tingkat dengan harga diskaun di bawah portfolio Pekerja Ladang. Selain itu juga, Portfolio Pekerja Ladang telah membantu mereka
untuk mendapatkan tapak kuil dan dewan komuniti sebagai kemudahan kepada mereka ;
- Ladang Bangi – Seramai 22 orang bekas pekerja ladang telah dibantu bagi mendapatkan persetujuan oleh majikan mereka untuk membina rumah kos rendah dan kos ditanggung oleh majikan itu sendiri ;
- Taman Permata Dengkil – Kerajaan Negeri telah menyerahkan 30 ekar kepada Kerajaan Pusat bagi pembinaan rumah kepada 393 orang pekerja ladang bekas pekerja ladang dari kawasan
- Ladang Duneden – Seramai 22 orang pekerja ladang telah mendapat manfaat berdasarkan perbincangan bersama majikan dan mereka bersetuju untuk membina 22 buah rumah kepada pekerja ladang serta memberikan tapak rumah ibadat ; dan
- Ladang Tumbok – Kerajaan Negeri telah berjaya membantu seramai 12 orang bekas pekerja ladang dalam memiliki rumah dan tapak
- Ladang Semenyih – Kerajaan Negeri melalui perbincangan dengan majikan dan pemilik ladang berkenaan telah berjaya membantu mendapatkan rumah teres 2 tingkat dengan diskaun kepada 25 bekas pekerja ladang, tempat beribadat dan juga tapak Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
- Ladang Dusun Durian – Kerajaan Negeri telah berjaya menyelesaikan pembatalan “Rezab Melayu” yang telah dijadikan sebagai tapak perumahan kepada bekas pekerja ladang 109 orang serta tempat
Namun begitu, Kerajaan Negeri di bawah Portfolio Kerajaan Prihatin memberi peluang kepada semua rakyat di Negeri Selangor yang mempunyai tanah di atas nama sendiri (dibuktikan melalui geran tanah) untuk memiliki sebuah rumah bantuan dengan syarat rumah asal yang diduduki telah rosak dan tidak selamat untuk diduduki dan perlu dirobohkan untuk diganti kepada sebuah rumah baru yang lebih sempurna. Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatn ini adalah terbuka kepada seluruh rakyat di Negeri Selangor dan tidak terkecuali kepada pekerja ladang dengan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.
-
Berapakah jumlah peruntukan untuk membina rumah mampu milik kepada bekas pekerja ladang?
Di bawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, tiada peruntukan khusus yang diberikan bagi membantu bekas pekerja ladang untuk mendapatkan rumah. Bekas pekerja ladang di Negeri Selangor boleh memohon rumah di bawah Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin kerana ia terbuka kepada seluruh rakyat Negeri Selangor dengan mengikut syarat – syarat yang telah
Peruntukan di bawah program ini diperolehi daripada sumbangan Anak – Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor mengikut jumlah yang telah ditetapkan dan dipersetujui.