Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

207) RUMAH TRANSIT

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri akan menyediakan rumah transit untuk gelandangan sehingga mereka dapat semula pekerjaan dan tempat kediaman?

    Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor sentiasa prihatin berhubung isu gelandangan di Negeri Selangor. JKM Negeri Selangor adalah agensi yang dipertanggungjawabkan dalam menguatkuasakan Akta Orang-Orang Papa 1977 [Akta 183] di mana peranan Jabatan adalah untuk menyelamatkan orang papa seperti diperuntukkan di bawah Akta 183 tersebut.

     

    Pada masa ini JKM Negeri Selangor menempatkan kes-kes orang papa yang diselamatkan di Pusat Jagaan NGO atau Pusat Sehenti Kompleks Penyayang Bakti Sg. Buloh. Justeru, pihak Kerajaan Negeri menerusi JKM Selangor tidak berhasrat untuk menyediakan rumah transit untuk gelandangan.

  2. Berapakah jumlah gelandangan yang sudah menerima tempat kediaman serta mendapat pekerjaan?

    Statistik jumlah orang papa yang diselamatkan  bagi tahun 2021 Januari hingga September adalah sejumlah 149 orang iaitu melibatkan 115 warganegara dan 34 orang bukan warganegara.

    Bagi kes orang papa yang melibatkan warganegara, mereka akan diserahkan semula kepada waris/ penjaga dan bantuan kewangan secara bulanan akan diberikan sekiranya memenuhi kelayakan. Manakala, bagi kes orang papa yang tiada waris / penjaga, golongan ini  ditempatkan di institusi kebajikan atau pusat jagaan NGO.

    Statistik jumlah orang papa yang diselamatkan  mengikut daerah bagi tahun 2021 Januari hingga September adalah seperti berikut:

     

    Daerah /Bahagian / Jajahan Orang Papa Yang Diselamatkan Jumlah Keseluruhan (A) + (B) = (C)
    Waganegara Bukan Warganegara
    Pengemis Peleser Jumlah (A) Pengemis Peleser Jumlah (B)
    Petaling 2 6 8 0 0 0 8
    Subang Jaya 0 14 14 0 0 0 14
    Shah Alam 2 1 3 0 0 0 3
    Klang 4 35 39 16 2 18 57
    Hulu Langat 4 6 10 10 3 13 23
    Gombak 3 27 30 0 1 1 31
    Kuala Langat 1 4 5 1 0 1 6
    Sepang 0 3 3 0 0 0 3
    Hulu Selangor 0 3 3 1 0 1 4
    Kuala Selangor 0 0 0 0 0 0 0
    Sabak Bernam 0 0 0 0 0 0 0
    Jumlah 

    Keseluruhan

    16 99 115 28 6 34 149

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.